Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KDN panggil pengerusi, pengarah Harakah pula
Diterbitkan:  Jul 12, 2010 8:16 PM
Dikemaskini: 1:26 PM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memanggil Pengerusi Jemaah Pengarah Harakah Datuk Mustafa Ali dan pengarah urusannya Datuk Kamarudin Jaffar kerana menerbitkan akhbar rasmi PAS itu tanpa permit.

Menurut setiausaha bahagian kawalan penerbitan dan teks al-Quran KDN Datuk Zaitun Ab Samad, kedua-dua Mustafa dan Kamarudin dipanggil bagi memberikan penjelasan mengenai perkara itu pada petang ini.

"KDN memandang serius tindakan penerbitan dan pengedaran Harakah keluaran bertarikh 12-15 Julai 2010 ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 9 Julai lalu, Harakah - yang belum mendapat permit baru - menjawab surat tunjuk sebab yang diterimanya daripada KDN sehari sebelum itu.

Kamaruddin yang juga ahli parlimen Tumpat dilaporkan berkata surat itu diserahkan oleh Pemangku Ketua Pengarang Harakah Taufek Yahya kepada Timbalan Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran di KDN, Abdul Razak Abdul Latif di Putrajaya.

Menurutnya, dalam jawapan itu, Harakah menjawab semua isu yang dibangkitkan oleh kementerian itu.

Sementara itu, Kamarudin ketika dihubungi Malaysiakini berkata pihaknya diminta hadir ke KDN petang ini bagi menjelaskan lebih lanjut berhubung surat tunjuk sebab yang dikemukakan kepada Harakah .

"Belum ada keputusan (berhubung status permit Harakah)," katanya yang menjangkakan akan ada lagi pertemuan susulan selepas ini.

ADS