Abdul Hadi tuntut pemimpin Umno mohon maaf
Pemangku Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu beberapa pemimpin Umno dan dua akhbar arus perdana memohon maaf kepadanya kerana menuduh beliau sebagai punca perselisihan faham di antara pelajar Malaysia di Jordan.
Katanya, jika mereka gagal berbuat demikian, beliau akan menimbang mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya, apabila sekembalinya ke tanahair pada 2 Dis depan. Beliau kini berada di Mekah untuk mengerjakan umrah dan menghadiri satu persidangan di sana.
Menurut Abdul Hadi, yang juga Menteri Besar Terengganu, kenyataan yang dikeluarkan melalui akhbar oleh pemimpin Umno mengenai perkara itu hanyalah berasaskan kepada "khabar angin" semata-mata.
"Kenyataan beberapa pemimpin Umno memperlihatkan sikap mereka yang tidak mengetahui keadaan sebenar lalu membuat komen yang tidak relevan dengan peristiwa yang sebenarnya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ibu pejabat PAS hari ini.
Sabtu lalu, Menteri Penerangan Tan Sri Khalil Yaakob mendakwa presiden Kelab Umno Jordan Amir Shahrizat Mohd Azizan mengalami kecederaan teruk selepas dibelasah oleh 12 pelajar di Amman pada 15 Nov lalu, selepas mengikuti ceramah Abdul Hadi.
Semalam, Utusan Malaysia melapor naib presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata, Abdul Hadi harus dipertanggungjawabkan terhadap serangan ke atas Amir kerana kerana menghalang tindakan ganas pelajar yang menyokong parti itu.

Tidak berasas
Akhbar itu juga melaporkan kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Aziz Shamsuddin yang turut kesal terhadap pihak parti pembangkang yang menurutnya telah mengheret para pelajar terbabit berpolitik dan sekaligus mengganggu pengajian mereka di luar negara.
Semalam, setiausaha politik Abdul Hadi, Dr Mohd Hatta Md Ramli (
kiri
) menjelaskan bahawa Abdul Hadi telah menyampaikan ceramah pada Nov 10 dan bukannya Nov 15 sepertimana yang dilaporkan, apabila peristiwa itu berlaku, dan Amir juga bukan presiden Kelab Umno, Jordan sepertimana yang telah dilaporkan.
Oleh itu, katanya, dakwaan bahawa ceramah Abdul Hadi pada 10 Nov kepada pelajar Malaysia di Universiti Mu'tah, Jordan sebagai punca perselisihan faham antara pelajar di sana adalah tidak berasas dan isi ceramah berkenaan juga cuba merangkumi hal-ehwal negeri Terengganu kepada anak-anak Terengganu di sana.
Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Abdul Hadi berkata, memandangkan ceramahnya diadakan pada 10 Nov, iaitu lima hari sebelum peristiwa itu dikatakan berlaku, maka beliau mendakwa pihak media serta pemimpin Umno cuba membabitkannya dengan "memutarbelitkan" fakta.
"Apa yang disiarkan di media-media tempatan langsung tidak menepati fakta kejadian dan ini sangat memalukan kewibawaan dan integriti profesyen kewartwanan negara," katanya.
Beliau juga kesal kerana ada pihak yang cuba mempersoalkan kehadirannya dalam majlis bersama pelajar itu sedangkan kehadirannya adalah atas jemputan para pelajar di Jordan itu sendiri.
Meminta maaf
Abdul Hadi berkata, tujuan lawatannya ke Jordan telahpun diperjelaskan (dalam kenyataan Dr Mohd Hatta semalam) dan beliau mahu pihak-pihak yang cuba mengaitkan namnya dalam peristiwa itu supaya bersikap terbuka dan meminta maaf.
"Penjelasan ini harus difahami dan diberi perhatian oleh pemimpin Umno dan akhbar-akhbar yang sentiasa buruk sangka terhadap pemimpin pembangkang dalam sebuah negara yang dikatakan oleh mereka masih ada demokrasi," katanya lagi.
Beliau juga menasihati pemimpin Umno dan media massa supaya sentiasa memperolehi fakta yang betul sebelum membuat sesuatu kenyataan atau siaran.
"Mereka sepatutnya jangan terburu-buru untuk mencari publisiti murahan dan keuntungan politik," tambah Abdul Hadi.
Apabila diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi itu, setiausaha akhbar Menteri Penerangan, Zukri Valentino berkata, Khalil akan hanya membuat ulasan selepas memberi taklimat mengenainya kepada Kabinet yang bermesyuarat esok.
Beliau berkata pihaknya telahpun memperolehi laporan lengkap mengenai perkara itu dari seorang pegawai Kementerian Penerangan, Effendi Yusof.
"Laporan itu berdasarkan dokumen-dokumen seperti laporan dari Kedutaan Malaysia di sana, laporan polis, laporan perubatan dan gambar-gambar yang jelas menunjukkan bahawa Amir adalah mangsa pukul," kata Zukri ketika dihubungi hari ini.
Pihaknya juga telah diberitahu bahawa bilangan pelajar yang terlibat bukanlah 12 tetapi 15 orang, katanya lagi.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.