Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Projek Ipoh-Padang Besar ikut jadual
Diterbitkan:  Jul 14, 2010 3:49 PM
Dikemaskini: 9:59 AM

Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar sepanjang 329 kilometer dijangka siap mengikut jadual pada Disember 2013, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

double tracking railway track 200505 construction 3 Katanya projek yang merentasi negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis itu kini berjalan dengan lancar dan semua kerajaan negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbabit memberikan kerjasama baik kepada kementerian dan pemaju untuk menjayakannya.

Beliau berkata ketika ini terdapat 16 kes pengambilan tanah yang belum diselesaikan, termasuk beberapa pemilik kediaman dan bangunan komersial di Pulau Pinang dan Kedah yang tidak setuju dengan jumlah pampasan.

"Projek ini tidak akan tergendala kerana saya yakin masalah ini dapat diselesaikan tidak lama lagi," kata Chong kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja ke tapak projek PLBKE di Jalan Telok Wanjah di Alor Star, hari ini.

double tracking railway track 200505 construction Katanya kerajaan sudah menyelesaikan pembayaran bagi pengambilan 2,692 lot tanah, 2,007 lot rumah dan setinggan serta lebih 1,300 bangunan komersial dan rumah ibadat di keempat-empat negeri itu.

Kong berkata kerajaan sentiasa mengambil perhatian terhadap sebarang masalah atau aduan rakyat yang dibangkitkan ekoran pelaksanaan projek itu seperti masalah banjir atau bajir kilat.

Katanya projek itu kini mencapai kemajuan 44 peratus dan ia mewujudkan 108,000 peluang pekerjaan di samping menjadi pemangkin kepada pembangunan Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER).

Beliau berkata projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru akan bermula tidak lama lagi manakala peringkat Seremban-Gemas kini dalam pembinaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS