news flash Sebuah akhbar harian didakwa melaporkan berita palsu berhubung kehadiran bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Mallot, dalam satu taklimat tertutup semalam tentang kesihatan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mallot "yang dikatakan 'terlalu kecewa' kerana Anwar disingkirkan daripada kerajaan" menghadiri taklimat tersebut di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Menurut sumber akhbar harian itu, kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur hari ini telah menghubungi pejabat akhbar itu bagi menafikan kehadiran Mallot.

Sementara Naib Presiden Parti Keadilan Nasional Tian Chua dan Presiden Parti Rakyat Malaysia Dr Syed Husin Ali masing-masing menyifatkan laporan itu "berniat jahat" dan "berbohong dan menyebarkan fitnah."

[Laporan lanjut selepas ini]