Pembangkang: penahanan pengebom berani mati buktikan kerajaan masih keliru
Kerajaan digesa supaya membicarakan di mahkamah terbuka, empat ahli Jemaah Islamiah (JI) yang didakwa polis sebagai pengebom berani mati untuk mengembalikan keyakinan umum bahawa Malaysia selamat daripada ancaman pengganas.
Ketika membuat gesaan itu, ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar berkata, kegagalan kerajaan berbuat demikian dan menahan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya akan "mengesahkan" bahawa Malaysia adalah sarang kepada pengganas di rantau ini.
"Ini jelas bercanggah dengan penafian kerajaan beberapa hari lalu mengenai amaran Amerika Syarikat yang menamakan Malaysia sebagai destinasi berbahaya kepada pelancong barat berikutan pengeboman oleh JI diBali bulan lalu," kata Mahfuz ketika dihubungi malaysiakini hari ini.
"Sekiranya kerajaan ingin mengembalikan keyakinan umum bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang selamat, biarlah mahkamah yang menentukan sama ada mereka benar-benar pengganas atau sebaliknya.

"Sekiranya mereka dibuktikan tidak bersalah, maknanya dakwaan Amerika adalah tidak berasas dan kerajaan secara lansung berjaya membuktikan bahawa Malaysia sebuah negara yang selamat (untuk pelancong barat)," tambahnya.
Mahfuz berkata, penahanan di bawah ISA bukan sahaja tidak telus, malahan tidak berupaya meyakinkan umum bahawa ianya dapat menyelesaikan sesuatu masalah.
Tekanan Amerika
"Apakah hanya ada empat atau lapan sahaja ahli pengebom berani mati di negara ini. Jika polis berjaya menangkap semuanya, adakah tidak ada yang lain yang masih wujud?"
Ahli parlimen Pokok Sena itu juga melihat tindakan polis itu sebagai reaksi kepada tekanan Amerika ke atas Malaysia bagi mempercepat penubuhan pusat latihan antipengganas di negara ini.
Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, parti Keadilan turut berpendapat bahawa pengumuman ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai, semalam sebagai "mengesahkan" tuduhan negara luar bahawa Malaysia adalah 'sarang pengganas'.
"Apa yang dikesali, sementara ahli politik kerajaan begitu hebat menafikan adanya ancaman pengganas di Malaysia dan menyifatkan negara luar sebagai tidak adil kerana melarang rakyatnya ke sini, polis telah mengambil tindakan yang bertentangan dengan kenyataan ahli-ahli politik pemerintah itu," kata setiausaha agungnya, Sahri Bahari.
Beliau juga menyifatkan andaian polis bahawa mereka yang ditangkap itu bersedia untuk mati "adalah semata-mata untuk menghalalkan penyalahgunaan ISA".
"Sehubungan itu, Keadilan menuntut agar kerajaan bersikap telus dan bertanggungjawab dalam isu keselamatan negara dengan mengeluarkan kertas putih di Parlimen bagi menjelaskan keadaan sebenarnya," kata Sahri.
Serangan baru
Sementara itu, pengerusi DAP Lim Kit Siang pula turut menegaskan pengumuman Norain mengenai penangkapan terbaru itu telah mengesahkan amaran Amerika dan Australia mengenai adanya ancaman pengganas di Malaysia.
Katanya, ia sekaligus menolak bantahan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan menteri kabinet yang lain berhubung amaran Amerika bahawa serangan baru seperti di Bali mungkin berlaku juga di negara lain di rantau ini, termasuk Malaysia.
Percanggahan kenyataan pihak berkuasa Malaysia berhubung usaha membanteras keganasan ini telah menambahkan lagi kekeliruan mengenai keadaan sebenarnya ancaman pengganas di negara ini.
Kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Rabu lalu telah disangkal oleh Norian yang meminta Washington supaya mengemukakan bukti terperinci mengenai dakwaan itu atau ia akan dianggap sebagai "tidak berasas".
Bantahan yang sama turut dikemukakan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, yang menganggap kenyataan tersebut sebagai usaha Amerika untuk menyekat kemasukan pelancong dan pelabur ke negara ini.
Bagaimanapun, Duta Besar Amerika di Malaysia Mary T Huhtala menafikan kerajaannya mempunyai agenda tersembunyi terhadap kerajaan Malaysia.
Sebaliknya, kata beliau, Amerika bertanggungjawab untuk mengingatkan rakyatnya mengenai kemungkinan wujud bahaya terhadap mereka.