BERITA

PERKASA: Bubar Umno, PAS jika gagal satukan Melayu

Diterbitkan
Dikemaskini 22 Jul 2010, 11:26 tengahari

Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) mencadangkan Umno dan PAS dibubarkan dan ditubuhkan sebuah parti baru yang menggabungkan ciri Islam dan nasionalisme Melayu sekiranya kedua-dua parti terus enggan duduk semeja dan mengadakan perbincangan bagi menyatupadukan orang Melayu dan Islam di negara ini.

NONE Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata bagaimanapun tindakan drastik itu hanya perlu diambil sekiranya kedua-dua parti tetap enggan berbuat demikian.

Buat permulaan, katanya pertubuhan itu mencadangkan ditubuhkan sebuah jawatankuasa yang bebas daripada pengaruh politik untuk menjadi perantara rundingan antara Umno dan PAS.

Beliau yang mencadangkan jawatankuasa itu dinamakan Jawatankuasa  Pemandu Ke arah Pembentukan Perpaduan Melayu Islam, berkata ia perlu dianggotai 15 orang terdiri daripada tokoh agama seperti mufti, cendekiawan dan bekas pegawai tinggi kanan kerajaan.

"Salah satu langkah awal ialah pertemukan Umno dan PAS secara rasmi  tanpa syarat dan jika gagal jawatankuasa ini mungkin perlu membuat draf parti baru yang berteraskan Umno dan PAS," katanya kepada pemberita selepas  mesyuarat kepimpinan tertinggi PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Belia islam hadari pas and umno 051004 u berkata jika gagal berunding adalah lebih baik kedua-dua parti  dibubarkan dan dibuat suatu parti baru yang menggabungkan ciri-ciri  Islam dan nasionalisme Melayu kerana segala usaha untuk menyatupadukan  kedua-dua parti ini sering gagal dan menjadi satu polemik yang membuang  masa.

"Dengan itu (parti baru)  rakyat boleh menilai mana yang positif,  ikhlas dalam mengikuti tuntutan agama iaitu mengeratkan hubungan  silaturrahim...biar rakyat menilai,"  katanya.

Beliau berkata PERKASA memberikan cadangan itu berikutan banyak usaha bagi menyatupadukan Umno dengan PAS untuk menyatupadukan orang Melayu dan Islam sering kecundang.

umno pas 180708 "Perpaduan di antara orang Melayu dan Islam adalah teras perpaduan di Malaysia.  Kalau orang Melayu tidak bersatu jangan harap ada perpaduan dan teras keamanan negara adalah perpaduan ini (orang Melayu)," kata beliau.

Ditanya sama ada PERKASA akan menjadi sekretariat kepada jawatankuasa itu, Ibrahim berkata PERKASA hanya mencadangkannya sahaja dan tidak menawarkan diri untuk menjadi sekretariat melainkan diminta.

"Kalau ada pihak mahu jadi sekretariat kita setuju, pihak lain seperti persatuan ulama," katanya.

- Bernama

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.