BERITA

Menteri: Ajaran 'Ummu Jah' sebar fahaman al-Arqam

Diterbitkan
Dikemaskini 23 Jul 2010, 1:53 pagi

Semua majlis agama Islam telah diarah memantau sebarang aktiviti yang mempunyai unsur-unsur ajaran 'Ummu Jah' yang dipercayai menyebarkan fahaman kumpulan al-Arqam di negara ini.

NONE Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata penyebaran ajaran itu harus disekat pada peringkat awal agar tidak mempengaruhi masyarakat.

"Kita tak nak perkara seperti ajaran ini berlaku kerana ianya akan mengelirukan umat Islam," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya' Ramadan kepada masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan hari ini.   

Beliau berkata tugas pemantauan itu turut dipertanggungjawabkan kepada golongan yang mengajar di masjid-masjid dan surau.

Sem hatijah aam, wife of ashaari - abuya arqam alam sebuah akhbar melaporkan usaha menyebarkan semula ajaran pengasas kumpulan al-Arqam, Asaari Muhammad yang meninggal dunia pada 13 Mei lepas kini dipelopori oleh isteri keduanya  Hatijah Aam yang lebih dikenali sebagai Ummu Jah.

Ummu Jah dipercayai giat melakukan penjenamaan semula imej kumpulan termasuk di peringkat antarabangsa dengan berselindung di sebalik sebuah syarikat bernama Global Ikhwan Sdn Bhd.

- Bernama

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.