Bicara HEP palsu diedar di kampus UM
Universiti Malaya (UM) mendakwa bahawa pihak yang tidak bertanggungjawab telah menerbitkan dan mengedarkan makalah Bicara HEP bertarikh 22 Nov 2002 di kampus UM tanpa pengetahuan Bahagian Hal-Ehwal Pelajar (HEP) universiti berkenaan.
Menurut satu kenyataan oleh Bahagian Perhubungan Hal Ehwal Pelajar, UM, makalah tersebut adalah palsu kerana ia tidak dikeluarkan oleh HEP UM.
"Untuk makluman, Bicara HEP yang diterakhir dikeluarkan oleh HEP bil 18, bertarikh 9 Nov 2002. Selepas itu, HEP UM menghentikan seketika penerbitan Bicara HEP hingga sekarang," tambah kenyataan itu lagi.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai menjawab surat pembaca yang disiarkan dalam malaysiakini yang mendakwa HEP UM menaja calon pilihanraya kampus, berdasarkan kepada maklumat yang terkandung dalam Bicara HEP bertarikh 22 Nov 2002 itu. Pilihanraya kampus akan berlangsung pada 19 Dis depan.
Sehubungan itu, kenyataan tersebut menegaskan bahawa semua berita yang terkandung dalam Bicara HEP palsu itu dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menyamar
Menurut pihak universiti, kandungan Bicara HEP terbitannya hanya mengandungi nasihat, panduan dan tunjuk ajar serta makluman mengenai kegiatan HEP yang telah dan akan dijalankan.
" Bicara HEP yang diterbitkan oleh HEP mempunyai format yang tersendiri sama ada bentuk penulisan, kekemasan ayat mahupun penggunaan huruf bagi semua artikelnya," tambah kenyataan itu lagi.
Kenyataan itu juga menyifatkan pihak yang tidak bertanggungjawab menerbitkan Bicara HEP palsu itu "seperti penjenayah yang menyamar menggunakan baju polis untuk melakukan jenayah, menyebabkan pihak polis yang dipersalah".
"Kami di HEP bersedia untuk memberi kerjsama kepada mana-mana pihak yang ingin mendapatkan kepastian bahawa semua yang terkandung dalam Bicara HEP palsu tersebut, tidak dilakukan oleh HEP," tambahnya.
Katanya, dengan penjelasan itu, pihak HEP berharap semua pihak mendapat gambaran sebenarnya dan tidak lagi keliru dengan tindak-tanduk mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.