Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Biadap jika tidak menggunakan saya'
Diterbitkan:  Jul 26, 2010 3:55 PM
Dikemaskini: 7:57 AM

Majlis Perbandaran Kangar (MPK) hari ini mengisytiharkan kempen memerangi sampah dalam usaha memastikan kawasan di bawah perbandaran itu sifar sampah.

Yang Dipertuanya Rosley Mat berkata perkataan "Sila Gunakan Saya" yang digunakan sejak tiga dekad lepas pada setiap tong sampah MPK juga akan diganti dengan perkataan "Biadap Jika Tidak Menggunakan Saya".

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penuh MPK hari ini, beliau berkata pihaknya juga bercadang menaikkan kadar kompaun terhadap mereka yang terbabit membuang sampah di merata tempat di negeri ini daripada RM500 kepada kadar yang lebih tinggi.

Beliau berkata tindakan itu bukan sahaja dikenakan terhadap individu tetapi kepada syarikat yang terbabit dengan pungutan sampah serta jabatan dan agensi kerajaan yang membiarkan bahan-bahan buangan berselerakan hingga merosakkan pemandangan.

Rosley berkata MPK akan memasang kamera litar tertutup di lokasi strategik di samping menempatkan pegawai penguatkuasa berpakaian preman untuk menjalankan tugas penguatkuasaan termasuk mengenakan kompaun terhadap pembuang sampah.

Mengenai sambutan Hari Medeka yang akan dilancarkan 1 Ogos ini, Rosley berkata MPK akan memasang 6,000 Jalur Gemilang dan bendera negeri dalam kawasan operasinya.

--Bernama

ADS