Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes Asri ajar tanpa tauliah ditangguh
Diterbitkan:  Jul 29, 2010 1:30 PM
Dikemaskini: 5:34 AM

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini menggantung prosiding kes bekas Mufti Perlis Mohd Asri  Zainul Abidin yang didakwa mengajar agama Islam tanpa tauliah sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Rayuan Syariah.

NONE Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad berkata kes itu ditangguhkan sehingga proses  rayuan Mohd Asri terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang membenarkan perbicaraan kes  tersebut dipindahkan dari Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur ke Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam.

Beliau membenarkan penggantungan itu selepas dipohon peguam syarie Mohd Asri,  Kamar Ainiah Kamaruzzaman dan tidak dibantah oleh  Ketua Pendakwa Syarie Selangor Abdul Shukor Abdul Hamid ketika kes disebut semula di Shah Alam hari ini.

Hakim juga membenarkan permohonan Kamar Ainiah agar Mohd Asri dibebaskan dengan dua penjamin tanpa wang jaminan.

Pada 18 Nov 2009, Mohd Asri mengaku tidak bersalah di Mahkamah  Rendah Syariah Gombak Timur  di atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa  tauliah di sebuah rumah di Lorong 2C Taman Seri Ukay Ampang antara  pukul 8.10 malam hingga 9.45 malam 1 Nov tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 dan jika sabit kesalahan Mohd Asri berhadapan hukuman  denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau  kedua-duanya sekali.

    

- Bernama

ADS