Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua pembangkang Selangor,  Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo masih belum diturunkan dalam barisan penceramah dalam siri 'Selamatkan Selangor' yang bakal memasuki pusingan kedua pada hujung minggu ini.

Ketiadaan Mohd Khir di pentas tersebut, menguatkan lagi desas-desus berhubung persaingannya dengan timbalan ketua perhubungan negeri Datuk Noh Omar, dalam merebut kedudukan menteri besar.

 

Ja NONE watan tersebut dilihat menjadi taruhan utama antara kedua-duanya untuk menonjolkan kemampuan masing-masing dalam merebut semula Selangor daripada penguasaan Pakatan Rakyat.

Dalam kemeriahan ini pula, muncul Ezam Mohd Nor, bekas pengikut utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diberikan tugas utama untuk mengepalai kempen 'Selamatkan Selangor.'

Mohd Khir dilaporkan akan diturunkan bersama Ezam dalam peringkat kedua kempen, namun berdasarkan jadual program yang diperolehi, tiada tanda-tanda menunjukkan Mohd Khir akan muncul dalam ceramah pada hujung minggu ini.

Hanya Ezam dan Noh Omar yang akan muncul di sebahagian besar ceramah yang akan berlangsung dalam pusingan kali ini.

Mengulas perkembangan ini, ketua penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus berkata Mohd Khir yang juga ADUN Sungai Panjang tidak dapat hadir kerana menumpukan kepada aktiviti di kawasan beliau.

Beliau juga menafikan pandangan yang mengatakan Mohd Khir merajuk, lalu menolak undangan untuk hadir ke pentas berkenaan.

" azlan Tidak timbul soal merajuk. Buat masa ini dia belum ada kelapangan lagi, kita pun faham keadaan dia tu," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Mohd Khir ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau telah menerima jemputan untuk hadir ke majlis berkenaan.

"Tapi saya kena jaga kawasan," katanya ringkas apabila ditanya sebab ketiadaan bekas menteri besar Selangor itu dalam kempen tersebut.

"Mereka memang (timbulkan isu perselisihan antara beliau dengan Noh). Saya tidak ada masalah dengan Noh," katanya yang menyalahkan PKR kerana mempolitikkan isu berkenaan.

ADS