MCA: Tutup mulut - ya, berundur - tidak

       

Seorang pemipin kanan MCA yang sebelum ini, menggesa Kementerian Dalam Negara untuk membatalkan pengharaman penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam, akur dengan keputusaan jemaah menteri agar debat isu itu dihentikan.

NONE Bagaimanapun, menurut timbalan ketua penerangan MCA, Loh Seng Kok, keputusan itu tidak bermakna parti itu akan “mengalah” berhubung isu berkenaan.

Loh yang ditemui di sebuah majlis di SMK Bandar Sunway hari ini, berkata, MCA berpendapat satu jalan penyelesaian perlu dicari secepat mungkin bagi menyelesaikan kemelut itu.

"Kita boleh bersetuju supaya tidak mainkan isu ini tetapi penyelesaiannya perlu dipercepatkan. Ini apa yang dimaksudkan oleh presiden MCA (pada Selasa lalu). Ini tidak bermakna kita mengabaikan pendirian sebelum ini,” katanya.

Ditanya sama ada beliau bermaksud bahawa MCA tetap mahu isu penggunaan kalimah Allah dibatalkan, Loh mengelak daripada memberikan jawapan langsung dan berkata perkara itu masih di peringkat mahkamah dan MCA tidak mahu campurtangan.

Hubungan MCA-TPM tak retak

"Kabinet telah memutuskan perkara itu dibiarkan kepada mahkamah dan kita mesti menghormati keputusan mereka. Bagaimanapun kami mengharapkan keputusan yang segera,” katanya.

Isnin lalu, Loh mengeluarkan kenyataan meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein membatalkan larangan itu.

deputy prime minister muhyiddin yassin at sekolah menengah sains hulu selangor 020410 02 Hari berikutnya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas MCA secara tidak langsung dan menuduh parti itu bersekongkol dengan DAP berhubung isu berkenaan.

Beberapa jam selepas itu, presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menafikan parti itu bekerjasama dengan DAP dan berkata ia cuma meluahkan kebimbangan masyarakat Kristian di negara ini.

Chua juga berjanji menteri-menterinya akan menimbulkan isu itu pada mesyuarat jemaah menteri, semalam. Namun hanya pengumuman arahan ‘tutup mulut’ dikeluarkan.

Mengulas perkara berkenaan, Loh menggesa media supaya tidak membuat spekulasi kononnya hubungan MCA dan timbalan perdana menteri mulai retak kerana perkara itu tidak benar.

"Hari ini, kita tidak perklu analisis isu berkenaan lebih lanjut. Muhyiddin sudah beri komen dan kita tidak perlu secara terbuka tidak bersetuju dengannya.”

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda