Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Penan Support Group daripada Suara Rakyat Malaysia hari ini memberi keterangan di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur berhubung pendedahan tujuh lagi wanita Penan yang didakwa dirogol oleh pekerja pembalakan di Sarawak tahun lalu.

NONE Seorang anggota kumpulan itu, John Liu ( dua dari kiri ) yang ditemui sejam selepas memberi keterangan di Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak itu, berkata beliau diminta memberi kenyataan saksi mengikut seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

"Sebenarnya ini adalah respons kepada laporan kami bulan lalu mengenai kes yang kami dedahkan dalam laporan bertajuk 'A Wider Context of Sexual Exploitation of Penan Women and Girls in Middle and Ulu Baram, Sarawak'," katanya.

Liu juga membidas pihak polis yang disifatkannya sebagai usaha menakut-nakutkan pemberi maklumat dan mereka yang menyoal-siasatnya seolah-olah tidak membaca laporan berkenaan.

Ka NONE tanya, mereka diminta mengulangi maklumat yang telahpun terkandung dalam laporan itu dan menyerahkan dua naskhah laporan berkenaan kepada Bukit Aman.

Liu mengulangi gesaan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat masalah yang diketengahkan dalam laporan itu.

Dalam laporan itu, Penan Support Group yang terdiri daripada 36 badan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan bahawa tujuh lagi wanita Penan mengadu kepada kumpulan itu pada November tahun lalu bahawa mereka telah dirogol atau didera secara seksual oleh pekerja balak di Ulu Baram.

NONE Seorang daripada peguam PSG, Andrew Khoo ( kanan ), berkata polis mengemukakan senarai 23 soalan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak untuk dijawap oleh Liu.

"Kebanyakan jawapan boleh didadapti dalam laporan itu. Nampaknya seolah-olah mereka (polis Sarawak) cuba melenggah-lenggahkan siasatan sedangkan mereka sepatutnya menyiasat syarikat pembalakan berkenaan," kata Khoo.

Namun, peguam itu tidak pasti sama ada siasatan sedang dijalankan kerana pegawai polis terbabit tidak mengemukakan salinan laporan polis yang telah dibuat.

"Saya berpendapat polis persekutuan sepatutnya campur tangan dan terus menyiasat," katanya sambil menambah ia akan mempercepatkan proses itu.

NONE Bekas presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan ( kanan ) berkata tindakan meminta ahli PSG tampil untuk disoal-siasat boleh disifatkan sebagai satu bentuk ugutan kepada mereka yang ingin mendedahkan kebenaran terhadap apa yang berlaku kepada masyarakat Penan.

"Ini (penderaan seksual ke atas Penan) bukan sesuatu yang baru. Tetapi nampaknya, sekarang, mereka (polis) sedang memburu kumpulan penyokong itu pula," katanya.

Ambiga berkata kajian lebih menyeluruh perlu dijalankan ke atas masyarakat pribumi agar rakyat lebih memahami cara hidup mereka.

"Mereka yang memegang kuasa telah membuktikan bahawa mereka tidak faham apa isu yang menjadi keprihatinan orang asli. Kita tidak mempunyai pemahaman yang komprehensif berhubung budaya mereka, cara hidup dan ancaman yang mereka hadapi," katanya.

ADS