Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Permit akhbar DAP - Roket versi bahasa Inggeris dan Cina akhirnya diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), kata setiausaha publisiti parti itu, Tony Pua.

Menurut Pua, DAP  akan membuat bayaran sebanyak RM50 segera kepada KDN untuk membolehkan permit itu dikeluarkan.

Beliau berkata kelulusan itu diberi melalui sepucuk surat bertarikh 18 Ogos, yang dialamatkan kepada setiausaha agung parti Lim Guan Eng.

"Kami menerima surat itu tengah hari ini. Selepas dimaklumkan, seorang petugas kami mengambilnya di KDN di Putrajaya," katanya.

NONE Bagaimanapun Roket diingatkan - iaitu edarannya terhad kepada ahli sahaja, di samping hanya boleh dijual di pejabat urusan dan markas parti itu.

Sebelum ini, KDN memberi dua surat tunjuk sebab kepada The Rocket selepas akhbar berkenaan didapati terus diterbitkan walaupun permit percetakan untuk dua edisi berkenaan telah tamat tempohnya.

Dengan kelulusan yang diberikan hari ini, hanya Suara Keadilan sahaja yang gagal mendapatkan permitnya daripada KDN.

15 Julai lalu, KDN memutuskan untuk memperbaharui permit penerbitan Harakah yang tamat pada 7 Julai tetapi akhbar parti Islam itu diberi keras supaya ia hanya dijual di markas dan pejabat urusan parti itu sahaja.

Permit edisi bahasa Inggeris Roket tamat pada Jun lalu, manakala edisi bahasa Melayu dan bahasa Cina pula masing-masing tamat pada September dan November tahun lalu.

suara keadilan report on felda bankrupt 220610 Nasib Suara Keadilan pula yang permitnya berakhir Julai lalu masih menjadi tanda-tanya.

Pembaharuan permit percetakan akhbar itu, belum diluluskan kerana KDN mendakwa masih menunggu satu lagi penjelasan daripada PKR berhubung perkara berkenaan.

Namun PKR cekap menggunakan kesempatan dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang membenarkan terbitan berkala untuk edisi tunggal dicetak tanpa permit bagi terus menerbitkan akhbar mereka.

Sehubungan itu, setiap penerbitan PKR itu membawa judul yang berbeza. Antara yang telah berada di pasaran termasuk Utusan Keadilan , Obor Keadilan , Sinar Keadilan dan yang terakhir Berita Keadilan .

ADS