Umno Kedah yakin dapat kuasai kubu kuat PAS
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Syed Razak Syed Zain yakin Umno akan kembali menawan kubu kuat PAS dalam pilihanraya akan datang berikutan kajian bebas yang dijalankan mendapati Umno semakin utuh berbanding pilihanraya umum 1999.
Menurutnya, perpecahan di kalangan ahli Umno begitu ketara selepas pemecatan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sept 1998, sehingga mengakibatkan 35 peratus ahli, gagal membuat pertimbangan waras serta menjadi duri dalam daging bagi Umno.
Beliau yang juga Ketua Badan Perhubungan Umno negeri, yakin keadaan telah berubah jika dibandingkan dengan suasana pada 1998 kerana hasil kajian itu menunjukkan sokongan kepada Umno sudah kembali kukuh.
"Saya bukannya bercakap kosong untuk memuji-muji diri sendiri, tetapi berlandaskan fakta hasil kajian bebas oleh seorang professor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengenai senario politik di negeri ini," katanya kepada malaysiakini ketika diminta mengulas kesediaan Umno menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Syed Razak berkata kajian itu dijalankan dua kali, iaitu sebaik sahaja beliau mengambil alih jawatan menteri besar dan sekali lagi baru-baru ini.
"Kajian tersebut mendapati 35 peratus ahli parti membantah pemecatan Anwar (sebelum pilihanraya 1999), tetapi peratusan itu kini menjunam kepada kurang lima peratus," jelasnya.

Majoriti dua pertiga
Menurutnya lagi, lapan daripada 15 ketua bahagian secara terang-terangan menyokong Anwar sebelum pilihanraya umum 1999 sehingga mengakibatkan kerusi Parlimen di kawasan terbabit, jatuh kepada PAS.
Selain itu, katanya, Umno juga tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila pihak pembangkang menguasi 12 daripada 36 kerusi selepas BN kalah dalam pilihanraya kecil Lunas pada tahun 2000.
Usaha Umno untuk mengembalikan majoriti dua pertiga itu gagal apabila PAS berjaya mempertahankan kerusi Anak Bukit dalam pilihanraya kecil Julai lalu, yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Fadzil Noor.
Menurut Syed Razak lagi, kemantapan Umno jelas dilihat melalui pertambahan keahlian hampir 20,000, terutama atas usaha gigih pergerakan Puteri Umno di negeri itu.
"Mesyuarat-mesyuarat cawangan juga cukup memberansangkan dengan kehadiran 100 peratus ahli sejak akhir-akhir ini.
"Perpecahan di peringkat bahagian juga tidak lagi berlaku kerana penyokong Anwar rata-rata tidak lagi aktif berpolitik dan ramai yang sudah kembali kepada Umno," tambahnya.
Kes selak kain
Selain terhakisnya faktor Anwar, Syed Razak turut yakin bahawa ketiadaan Fadzil turut memudarkan sokongan terhadap pembangkang kerana ketokohan beliau yang bertaraf ulama itu, tiada penggantinya.
Katanya, kajian yang dijalankan selama enam bulan itu turut menunjukkan bahawa Fadzil mempunyai 30 peratus sokongan atas kapasiti peribadinya.
Sejajar dengan itu, Syed Razak mengakui pemimpin kanan PAS di Kedah adalah jujur apabila mengakui kedudukan mereka terancam dalam pilihanraya umum nanti (walaupun atas alasan persempadanan semula pilihanraya) kerana Umno sememangnya semakin kuat.
Ditanya mengenai keputusan mahkamah berhubung kes `selak kain' ketika berlangsungnya kempen pilihanraya kecil Anak Bukit lalu, Syed Razak berkata ianya tidak akan menjejaskan Umno kerana yang sebenarnya terjejas adalah imej PAS sendiri.
"Walaupun mahkamah tidak dapat membuktikannya kerana masalah teknikal, umum mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Bagaimana pula ianya boleh menjadi kes polis dan seterusnya ke mahkamah sekiranya ia tidak berlaku seperti yang didakwa?" soal Syed Razak.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.