BERITA

'Kabel' dengan k'tangan awam yang rasuah

Regina Lee

Diterbitkan
Dikemaskini 25 Ogs 2010, 9:03 pagi

EKSKLUSIF Memang sukar untuk mengikis persepsi yang mengaitkan budaya rasuah dengan kakitangan awam di Malaysia.

NONE Malah, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan mengakui 41 peratus daripada mereka yang didakwa atas tuduhan rasuah adalah kakitangan awam.

Sama ada ia membabitkan penipuan sijil sakit atau meminta wang

tambahan untuk 'menutup sebelah mata' bagi kesalahan lalulintas, begitulah ceritanya yang sering kita dengar.

Bagaimanapun, bekas Ketua Pengarah Biro Pencegahan Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), Datuk Shafee Yahaya (kanan) - yang 33 tahun bersama perkhidmatan awam - berkata ia lebih daripada dakwaan tersebut.

"Anda harus melihat semua senario. Ini bergantung pada kementerian atau jabatan tertentu. Sudah tentulah ia diterajui ketua pengarah. Tetapi pada akhirnya, ia tidak akan berlaku jika tidak ada kaitan atau phak yang berkepentingan.

corruption charges "Untuk mengatakan perkhidmatan awam atau ahli politik korup sepenuhnya, adalah tidak benar kerana, kadang-kadang, ia merupakan gabungan antara kedua-duanya...," tambahnya.

Kadang-kadang, tegasnya, ahli politik yang korup, dan tekanan untuk kakitangan awam bersubahat atau melihat cara lain dan pada masa yang sama, mendapat imbuhan bagi diri mereka.

Shafee menolak tanggapan bahawa rasuah adalah jenayah 'tanpa korban', sambil menegaskan bahawa mereka yang paling menderita adalah golongan miskin, tidak bernasib baik dan tidak ada 'kabel'.

"Rasuah berlaku dalam pelbagai bentuk, sama ada nepotisme,

NONE

kronisme atau dengan menaikkan kos. Ini akan menjejaskan rakyat, (kerana mereka) tidak akan mendapat pulangan yang baik daripada pelaburan. Ini akan mengakibatkan kos hidup yang lebih tinggi.

"Bayangkan jika sebatang jalan menelan kos RM10 juta untuk dibina dan, kerana rasuah, meningkat kepada RM30 juta. Siapa yang akan membayarnya?"

Namun, Shafee amat menyedari sepenuhnya halangan-halangan untuk mencekup mereka yang terbabit melakukan rasuah.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.