PAS: Umno Kedah gagal tangani isu semasa
Kepimpinan PAS Kedah semakin selesa dengan sokongan rakyat negeri itu kepada parti berkenaan, yang menurut mereka lebih memberangsangkan berbanding pilihanraya umum 1999.
Menurut Pesuruhjaya PAS Kedah, Azizan Abdul Razak dan Ketua Dewan Pemuda Pusat, Mahfuz Omar (gambar), tinjaun dan kunjungan yang dilakukan di kalangan penyokong akar umbi dan rakyat setempat, menunjukkan sokongan terhadap parti itu tetap utuh dan semakin kuat.
Setiausaha agung PAS, Nasharuddin Mat Isa, yang turut dihubungi malaysiakini , juga sependapat bahawa rakyat menolak Umno dan Barisan Nasional kerana marah dengan cara kerajaan mengendali beberapa isu berkaitan orang Melayu, terutamanya mengenai dasar pendidikan.
Azizan dan Mahfuz menegaskan demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain minggu lalu, yang yakin Umno mampu menawan semula kubu kuat PAS di negeri itu dalam pilihanraya umum akan datang.
Syed Razak dilaporkan berkata, kajian oleh seorang profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengenai senario politik di Kedah, mendapati 35 peratus ahli Umno yang membantah pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Umno dan Kerajaan sebelum pilihanraya 1999, kini berkurangan kepada kurang lima peratus.
Syed Razak juga yakin bahawa pemergian Allayarham Datuk Fadzil Nor turut memudarkan sokongan terhadap pembangkang kerana ketokohan beliau yang bertaraf ulama itu, tiada penggantinya.
For the rest of this story and more, subscribe for only RM150 a year. If you're already a subscriber, please sign in.
Sign in Subscribe now