Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Merdeka ke-53: Tiada persembahan kesenian
Diterbitkan:  Aug 26, 2010 12:46 PM
Dikemaskini: 4:55 AM

Sambutan Hari Kemerdekaan pada Selasa ini tidak akan melibatkan acara kesenian sebaliknya lebih tertumpu kepada pasukan keselamatan dalam usaha mewujudkan semangat juang kepada generasi selepas Merdeka.

NONE "Tahun ini, kita wujudkan kelainan. Tiada langsung pergerakan kesenian dan kebudayaan melainkan formasi tangkas dan pantas oleh anggota polis dan tentera," kata Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Datuk Norliza Rofli.

Beliau berkata ketangkasan yang ada pada petugas-petugas keselamatan negara akan mengisi acara sambutan itu bagi menyampaikan mesej kemerdekaan dengan melakukan pelbagai pergerakan formasi yang hampir sama dengan beberapa pergerakan dalam kawad kaki.

Persembahan 60 minit di Stadium Putra, Bukit Jalil itu juga akan menitik beratkan aspek Gagasan 1Malaysia, Model Baru Ekonomi dan nilai-nilai integriti, katanya.

Norliza berkata persembahan itu mempunyai lapan segmen yang penuh impak bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan, dengan ATM pula mempersembahkan  beberapa gerakan mempertahankan diri yang digunakan semasa bertugas.

"Sambutan Merdeka kali ini jauh berbeza dengan sambutan sebelumnya ini, seiring dengan usaha kerajaan menjana transformasi," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS