Isteri Ghafar ke mahkamah untuk dapat semula anaknya
Isteri bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba, Toh Puan D Heryati hari ini memohon perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membebaskan anaknya Kartika Sri yang didakwa kini berada dalam"tahananan" anaktirinya, Tamrin Ghafar.
Beliau mendakwa Tamrin telah menculik Kartika, 6, dari rumah mereka di Taman Duta pada petang Jan 5 lalu selepas berlakunya satu pertengkaran di antaranya dengan Tamrin yang menurut Heryati mengeluarkan kata-kata kesat serta memukulnya.
Dakwaan Heryati itu terkandung dalam afidavit yang dikemukan bagi menyokong permohonan habeas corpus yang difailkannya di mahkamah hari ini melalui peguamnya Karpal Singh.
Menurut Karpal notis usul permohonan itu akan diserahkah kepada Tamrin selewat-lewatnya pagi esok dan kes itu akan didengar oleh Hakim Datuk S Augustine Paul Isnin depan.
Tindakan Heryati itu jarang dibuat kerana sebelum ini, permohonan habeas corpus lazimnya dikemukakan untuk mendapatkan kebebasan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Habeas corpus adalah merupakan permohonan untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi membebaskan sesiapa sahaja yang telah ditahan secara salah.

Merayu
Semasa ditemui pemberita di luar mahkamah, Heryati berkata: "Tidak ada apa yang saya hendak katakan lagi...saya sudah melaporkan perkara ini kepada polis. Saya datang ke sini untuk merayu bagi mendapatkan kembalikan anak saya..
Beliau juga mendakwa bahawa polis gagal memberi maklumat jelas tentang lokasi dan keadaan anaknya.
"Polis berkata, mengikut laporan akhbar, anak saya berada bersama keluarga tetapi mereka (polis) tidak pasti siapa yang menjaganya," katanya lagi.
Sementara itu, ketika ditanya sekiranya tindakan mengemukakan permohonan habeas corpus itu terlalu drastik, Karpal berkata, beliau tidak merasa demikian memandangkan Heryati langsung tidak tahu keadaan anaknya itu.
"Ini adalah langkah terakhir yang terpaksa diambil kerana anaknya tidak diambil oleh bapanya sendiri, tetapi oleh Tamrin, yang langsung tidak mempunyai hak penjagaan ke atas anak itu. Dalam hal ini permohonan habeas corpus adalah jalan penyelesaian yang sesuai itu membebaskan sesiapa sahaja yang telah ditahan secara salah," jelas Karpal.
Apabila ditanya sama ada pertelingkahan keluarga itu boleh diselesaikan secara baik di luar mahkamah, Karpal berkata, ia tidak mungkin.
Dipukul
Sementara itu, dalam afidavitnya, Heryati berkata Tamrin telah meceroboh kerumahnya kira-kira jam 4.30 petang Jan 5 lalu, dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya seperti "mana kau punya jantan" dan "perempuan sundal" sebelum memukulnya di bahagian muka, kepala dan badan.
Katanya lagi, Kartika begitu terkejut seperti terkena histeria ketika menyaksikan pertengkarannya dengan Tamrin.
"Selepas pertengkaran itu, Tamrin telah mengarahkan supaya Kartika dibawa lari, walaupun saya membantah keras. Pada ketika itu, Kartika menangis dan memanggil nama saya tetapi Tamrin tidak mengendahkan rayuannya dan terus membawanya pergi," tambah Heryati.
Beliau juga mendakwa Tamrin telah bertindak kejam kerana telah menculik anaknya tanpa mengendah haknya sebagai ibu.
"Kartika memerlukan kasih sayang saya dan saya mengalami tekanan dan perasaan risau yang teramat sangat akibat kejadian yang memalukan ini," katanya lagi.
Menurut laporan akhbar, Tamrin turut telah membuat laporan polis selepas kejadian pada Jan 5 lalu mendakwa dia telah dicederakan oleh Heryati.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.