Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ahli majlis tertinggi Putera MIC Kebangsaan K Novinthen mendakwa sebuah laman web sosial Facebook bertajuk `Belia Benci Hindraf Reloaded` mengeluarkan kenyataan rasis dan berbaur perkauman.

putera mic logo Lantaran itu, beliau yang juga ketua jawatankuasa media baru parti itu telah membuat laporan polis di balai polis Brickfields pukul 1 tengah hari semalam.

Kes tersebut akan dibawa ke di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut, katanya ketika dihubungi Komunitikini .

"Kami mendapati pihak admin (pentadbir) laman web itu telah mengeluarkan pelbagai kenyataan berbaur perkauman terhadap orang-orang India di Malaysia dan juga penganut-penganut Hindu.

"Malah pihak Fan Page (laman peminat) tersebut juga telah memaki-hamun dan memperlikan kepercayaan, adat resam dan budaya penganut Hindu," ujarnya lagi.

Novinthen menambah, beliau mendapati pentadbir, pelbagai pihak juga mengambil bahagian dengan menulis komen-komen yang rasis.

Jelas beliau, sesetengah orang turut serta dalam memaki-hamun sesama sendiri, dibimbangi akan menular dan menimbulkan kekecohan.

"Kami menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan secepat mungkin terhadap agen provocateur (penghasut) seperti ini supaya perkara yang tidak diingini berlaku," tegasnya.

[Berita asal di Komunitikini ]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS