Hina Allah di Facebook: GEMPUR buat laporan polis
Diterbitkan: Sep 3, 2010 4:16 PM | Dikemas kini: Sep 3, 2010 4:18 PM
Gerakan Pemuda Prihatin Putrajaya (GEMPUR) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang wanita dikenali Katy Lim Li Lian yang didakwa menghina Allah melalui laman Facebook.
Presidennya Mohd Hisamudin Yahya berkata laporan itu, yang dibuat di ibu pejabat Polis Daerah Putrajaya pada 10.30 pagi tadi, adalah satu langkah awal untuk mengingatkan semua kaum di negara ini agar sentiasa menjaga sensitiviti kaum lain.
"Gempur mendesak polis segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas Katy Lim Li Lian terhadap perbuatannya yang telah menghina Allah, agama Islam dan seluruh masyarakat Islam," katanya.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.