PAS harap RTM siar debat SAR secara langsung

comments     Yusof Ghani     Published     Updated

Timbalan ketua pemuda PAS, Salahuddin Ayub, sudahpun menghantar surat kepada Kementerian Penerangan memohon diadakan siaran lansung debat umum mengenai isu Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Katanya, surat itu dihantar kelmarin sebagai memenuhi kehendak menterinya, Tan Sri Khalil Yaakob sebagai syarat untuk siaran secara lansung tersebut diadakan.

Khalil sebelum ini berkata, RTM boleh menyiarkan debat itu secara langsung sekiranya ada permohonan daripada kedua-dua belah pihak.

Menurut beliau,butir-butir awal mengenai debat di antara beliau dan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz, turut dinyatakan di dalam surat tersebut untuk makluman Khalil.

"Saya berharap debat mengenai SAR ini akan menjadi kenyataan untuk membolehkan umum menilai perkara yang sebenarnya," katanya kepada malaysiakini .

For the rest of this story and more, subscribe for only RM150 a year. If you're already a subscriber, please sign in.

Sign in Subscribe now


Malaysiakini
news and views that matter


Sign In