Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umat Islam sambut Aidilfitri Jumaat ini
Diterbitkan:  Sep 8, 2010 8:08 PM
Dikemaskini: Sep 9, 2010 4:32 AM

Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidilfitri pada Jumaat, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah malam ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

 "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010," katanya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.

ADS