Gegar serah memorandum SAR kepada istana esok
Gerakan Bertindak Umat Selamatkan Sekolah Agama Rakyat (Gegar) akan menyerahkan memorandum kepada Majlis Raja-Raja Melayu esok dalam usaha menyelamat sekolah terbabit.
Memorandum itu, antara lain, memohon kepada Raja-Raja Melayu supaya mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan dan mencari penyelesaian terbaik berhubung isu SAR, kata setiausaha Teras, Tarmizi Sulaiman.
Menurutnya, presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid yang juga pengerusi Gegar, akan mengetuai delegasi sepuluh orang untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu di Istana Negara pagi esok.
Delegasi itu mewakili beberapa wakil pertubuhan SAR negeri serta ahli-ahli Gegar yang merupakan gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan individu profesional dan cendikiawan Islam tanahair.
"Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja Melayu, Engku Ngah Ibrahim, telah menyatakan persetujuan beliau untuk menerima memorandum tersebut," kata Tarmizi ketika dihubungi malaysiakini hari ini.

Tokoh terkemuka
Selain itu, katanya, memorandum itu turut menjelaskan segala tuduhan yang dilemparkan terhadap SAR, terutamanya oleh pemimpin parti pemerintah.
"Memorandum itu akan menafikan segala tohmahan terhadap SAR," katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengaitkan SAR dengan aktiviti menghasut pelajar membenci kerajaan dan lulusan SAR pula dikatakan tidak mempunyai peluang mendapat pekerjaan kerana menumpukan semata-mata terhadap agama.
Tarmizi berkata, memorandum 10 muka surat itu turut menyenaraikan beberapa tokoh yang terkemuka negara yang pernah menuntut di SAR bagi membuktikan dakwaan mengenainya adalah tidak berasas.
Katanya lagi, pihaknya juga memohon pihak istana supaya berbuat sesuatu agar kerajaan menyambung semula bantuan kewangan kepada SAR yang kini beroperasi dalam keadaan serba kekurangan sehinggakan guru siswazah pun terpaksa menerima separuh gaji.
Konvensyen SAR
Memorandum yang sama akan juga diserahkan kepada perdana menteri dan timbalannya, menteri kabinet dan menteri-menteri besar, ujar Tarmizi.
Sempena majlis penyerahan memorandum itu, satu Konvensyen SAR Nasional akan turut diadakan di Masjid Abu Bakar As-Siddik di Bangsar mulai jam 8.30 pagi esok.
"Mereka yang prihatin dengan isu SAR bolehlah hadir untuk mengambil bahagian dalam konvensyen tersebut," kata Tarmizi.
Kemelut yang melanda SAR menjejaskan lebih 260,000 pelajar peringkat menengah dan rendah di 260 sekolah agama rakyat.
Sebelum itu PAS juga telah menyerah memorandum, juga mengenai isu SAR untuk pertimbangan Majlis Raja-Raja Melayu.