Most Read
Most Commented
Read more like this

Gerakan Bertindak Umat Selamatkan Sekolah Agama Rakyat (Gegar) bercadang mengumpul satu juta orang untuk menyertai satu perhimpunan raksasa dalam kempennya untuk mengekalkan sistem pelajaran Islam itu di Malaysia.

Setiausaha Gegar, Ahmad Tarmizi Sulaiman memberitahu malaysiakini hari ini bahawa perhimpunan itu akan diadakan di Stadium Sultan Mahmud IV di Kota Bharu, Kelantan pada 22 Feb depan.

Katanya, Gegar juga akan berusaha mengumpul warga Sekolah Agama Rakyat (SAR) dari seluruh pelusuk negara untuk menunaikan sembahnyang hajat dan berdoa supaya SAR terus kekal untuk memberi pendidikan Islam yang sempurna kepada para pelajarnya.

Cadangan mengadakan perhimpunan raksasa itu adalah salah satu resolusi yang dicapai dalam Konvesyen Sekolah Agama Rakyat yang berlangsung di Kuala Lumpur Sabtu lalu, anjuran Gegar.

Gegar adalah merupakan sebuah jawatankuasa gabungan antara badan bukan kerajaan dan individu, yang ditubuhkan untuk menyelamatkan SAR.

"Kita mahu semua pelajar, guru dan ibubapa yang terlibat dengan SAR bersama-sama menyampaikan mesej bahawa SAR masih relevan, serta kebaikan dan jasa-jasa SAR kepada rakyat Malaysia," kata Ahmad Tarmizi yang juga penyelaras konvesyen tersebut.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS