Pemuda Umno sanggup tidak popular demi hak Melayu
Pemuda Umno bertegas tidak akan bertolak ansur dalam menghadapi mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan hak keistimewaan Melayu sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.
Katanya, pendirian Pemuda Umno dalam hal ini adalah jelas berikutan semakin meningkatnya suara-suara yang mempertikaikan isu sensitif ini.
"Pemuda Umno akan terus mempertahankan hak-hak keistimewaan Melayu walaupun ini akan menjadi kami kurang popular (di kalangan bukan Melayu)," katanya ketika dihubungi malaysiakini hari ini.
Beliau yang juga ketua Pemuda Umno Kedah berkata, pergerakan itu akan memulakan siri kempen ke serata pelusuk negeri itu bagi membuat penjelasan mengenai perkara ini, terutamanya di kawasan majoriti kaum Cina, menjelang pilihraya umum yang dijangka tidak lama lagi.

"Kami ingin membuat penjelasan bahawa Pemuda Umno bukanlah menentang kaum Cina (seperti yang diwar-warkan oleh pembangkang) tetapi sekadar menentang sebarang cubaan mempertikaikan hak-hak keistimewaan Melayu seperti yang pernah dibuat oleh Suqiu (Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-persatuan Cina Malaysia) dahulu.
"Dalam hal ini, Pemuda Umno akan bertegas dengan sesiapa sahaja, tanpa mengira sama ada tentangan itu datangnya dari kaum Melayu, Cina atau India," tambahnya.
Abdul Aziz menegaskan sebarang usaha mempertikaikan hak-hak keistimewaan orang Melayu adalah bertentangan dengan perlembagaan dan boleh membawa kepada huru-hara di negara ini.
Pada Ogos 2000, Abdul Aziz telah mengepalai kira-kira 200 ahli pergerakan itu dalam satu demonstrasi menentang Suqiu di hadapan Dewan Perhimpunan Cina Selangor, tempat jawatankuasa itu beroperasi.
Bersifat toleran
Ekoran demonstrasi tersebut, terdapat dakwaan yang mengatakan wujudnya ugutan dari sebilangan penyokong pergerakan itu untuk membakar bangunan tersebut.
Walaupun dilabelkan sebagai anti-Cina, Abdul Aziz tetap mempertahankan bahawa pergerakan itu bersifat toleran serta cintakan keamanan.
"Kami sebenarnya menentang Suqiu atas dasar ekstremis mereka, sama seperti penentangan kami tehadap kumpulan Al-Maunah (yang didakwa cuba menjatuhkan kerajaan melalui senjata)," katanya.
Katanya, Pemuda Umno percaya penjelasan mereka akan dapat meyakinkan kaum Cina bahawa pergerakan itu tidak memandang serong kepada mereka.
Beliau menambah penjelasan ini adalah penting untuk mempertahankan kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang kini diwakili MCA.
Dalam piliharaya umum 1999, MCA memenangi semua enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi di Derga, Kota Darul Aman, Bakar Arang, Sidam, Gurun dan Kulim.
Dalam pilihanraya umum yang sama, MCA turut memenangi dua kerusi parlimen di Kota Setar dan Padang Serai.
Barisan Nasional (BN) memenangi 24 daripada 36 kerusi DUN yang ditandinginya di Kedah dalam pilihanraya umum 1999. Bagaimanapun, ia kehilangan majoriti dua pertiga apabila Keadilan berjaya merampas DUN Lunas dalam satu pilihanraya kecil pada 2001.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.