Keadilan mahu kerajaan baiki ekonomi menjelang Tahun Baru Cina
Parti Keadilan Nasional menuntut agar kerajaan segera merangka pendekatan ekonomi yang membina dan produktif untuk membawa negara keluar dari kelemahan ekonomi.
Dalam perutusan Tahun Baru Cinanya, presiden parti itu, Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan perlu membaik-pulih urus-tadbir korporat di semua peringkat agar keyakinan peniaga dapat dipulihkan.
"Selain itu, Keadilan menyeru agar penjimatan dan pembasmian rasuah ditingkatkan untuk mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan," katanya.
Beliau yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh berkata walaupun Menteri Kewangan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah beberapa kali membentangkan belanjawan tambahan dan pakej rancangan fiskal untuk melonjakkan ekonomi negara, ia sebenarnya membuktikan kegagalan merangka belanjawan tahunan dengan baik.

"Juteru itu, sepanjang tahun, ia (belanjawan negara) terpaksa diperbaiki secara berterusan," katanya.
Dr Wan Azizah turut beranggapan bahawa belanjawan tahunan dirangka sedemikian rupa untuk memberi gambaran ianya mesra rakyat dengan tiada kenaikan cukai dan penumpuan kepada projek untuk kepentingan rakyat .
Sebaliknya, kata beliau, kenaikan petrol tidak dimasukkan dalam pembentangan belanjawan tahunan untuk memastikan ia mendapat liputan media yang baik.
Beliau turut mengulas mengenai pakej rancangan fiskal atau belanjawan tambahan yang dijangka dibentangkan akhir bulan depan dan tindakan memasuki pasaran bursa saham melalui Valuecap Sdn Bhd yang menurutnya bertujuan membantu kerajaan membaiki gambaran ekonomi semasa pada mata rakyat, terutamanya menjelang pilihanraya umum akan datang.
Wang rakyat
"Ternyata dana rakyat RM10 bilion yang disumbangkan Khazanah Nasional, Kumpulan Wang Amanah Pencen dan Permodalan Nasional Berhad bertujuan untuk menyelamatkan pembeli saham yang kerugian kerana kejatuhan harga saham," kata Wan Azizah.
Beliau melahirkan kebimbangan bahawa rakyat terpaksa terus menanggung kerugian kerana wang RM10 bilion itu 'tersadai' di Bursa Saham Kuala Lumpur.
Dr Wan Azizah turut menyeru agar rakyat negara ini dapat memupuk suasana muhibbah menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang.
"Semoga tahun kambing yang jatuh pada 1 Feb ini akan membawa kemajuan dan kemakmuran yang lebih berbanding setahun lalu," katanya.
Sementara itu, Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malaysia (Dong Jiao Zong), berharap agar Tahun Baru Cina yang akan datang akan dapat membawa kepada perubahan yang lebih baik kepada semua rakyat Malaysia.
Dalam perutusan tahun barunya, persatuan itu berharap segala pergolakan yang melanda kaum Tionghua di negara ini, seperti isu pelaksanaan bahasa Inggeris bagi matapelajaran Sains dan Matematik, desakan untuk menghapuskan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan lain-lain lagi tidak akan berulang.
"Dengan penangkapan beramai-ramai di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, tahun kuda yang lalu, berlalu dengan penuh kebimbangan," kata persatuan itu lagi.
"Semoga tahun baru akan datang dipenuhi dengan penuh kebahagiaan dan kemakmuran," katanya.