PAS dakwa MB Pahang guna dokumen palsu
PAS menyifatkan dokumen yang dikatakan mengandungi rancangan parti itu untuk mengenepikan parti pembangkang lain dalam pilihanraya akan datang sebagai satu "fitnah" dan rekaan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob semata-mata.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Idris Omar berkata, dokumen yang didakwa Adnan sebagai bukti bahawa PAS mementingkan diri sendiri, adalah palsu kerana ianya tidak pernah dikeluarkan.
"Nampaknya beliau (Adnan) sudah terlalu ketandusan modal sehingga terpaksa mereka-reka bukti untuk memfitnah PAS dalam usaha memenangi pilihanraya (yang akan datang)," katanya.
Idris memberitahu malaysiakini demikian hari ini ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Adnan yang mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mendedahkan tembelang sebenar PAS menjelang pilihanraya akan datang.
Menurut laporan akhbar New Straits Times semalam, Adnan mendakwa PAS juga berniat untuk membuat segala keputusan tanpa menghiraukan parti-parti pembangkang lain sekiranya berjaya menawan negeri itu dalam pilihanraya akan datang.
"Saya hairan kenapa beliau sanggup pergi begitu jauh dengan mereka-reka cerita. Agaknya Adnan mungkin terlalu takut akan bayang-bayang PAS yang kini makin diminati rakyat," kata Idris, yang juga ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

Slogan
"Saya yakin, Umno merasakan yang mereka semakin terancam di Pahang kerana rata-rata rakyat yang celik minda kini cenderung menyokong pembangkang," katanya.
Dalam dakwaannya semalam, Adnan berkata PAS berniat untuk menjadikan Barisan Alternatif hanya sebagai satu "slogan" tanpa memberi sebarang peluang kepada Keadilan ataupun DAP membuat sebarang keputusan.
Ditanya mengenai tindakan yang mungkin diambil terhadap Adnan, wakil DUN Semantan itu berkata PAS masih belum membincangkan perkara itu.
"Bagaimanapun, saya ingin mencabarnya membuktikan bahawa dokumen itu adalah benar," katanya lagi.
Idris menegaskan bahawa hubungan PAS dengan Keadilan dan DAP tetap erat sama seperti dahulu.
Dalam pilihraya umum 1999, pembangkang memenangi lapan kerusi DUN di Pahang dengan PAS memenangi enam kerusi manakala Keadilan dan DAP masing-masing memenangi satu kerusi. Barisan Nasional memenangi 30 kerusi.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.