Sah, debat SAR PAS-Umno pada 16 Feb depan
Debat mengenai isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) di antara Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Nazri Abdul Aziz dan timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Sallahuddin Ayob telah ditetapkan pada 16 Feb ini bertempat di Auditorium Angkasa, Kelana Jaya.
Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat ketiga di antara setiausaha sulit Mohd Nazri, Shamsul Anuar Nasarah dengan setiausaha Pemuda PAS pusat, Misbahul Munir Masduki di Ipoh hari ini.
Butir-butir mengenai perdebatan ini telah diumumkan dalam satu sidang akhbar bersama yang dihadiri oleh wakil kedua-dua belah pihak sejurus selepas pertemuan hampir setengah jam itu.
Menurut Misbahul Munir menjelaskan speaker Dewan Rakyat Tun Zahir Ismail telah menyatakan persetujuan beliau untuk menjadi pengacara majlis tersebut.
"Kedua-dua pihak mahu perdebatan ini menjadi kenyataan," kata Misbahul Munir kepada malaysiakini ketika dihubungi sejurus selepas berakhirnya sidang akhbar di Ipoh.
Misbahul Munir menjelaskan, Nazri yang juga ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kawasan Chenderoh, mahu perdebatan ini menjadi kenyataan.

Surat rasmi
"Sekiranya ada aral yang timbul pada saat-saat akhir, kami bersetuju agar perkara tersebut diatasi," katanya.
Menurutnya lagi, wakil Mohd Nazri itu juga tidak keberatan sekiranya perdebatan itu diadakan di Markaz Pas Pusat di Taman Melewar sekiranya auditorium Angkasa tidak dapat digunakan atas sebab-sebab tertentu.
"Wakil Nazri juga bersetuju untuk bersama-sama mencari mana-mana pengacara gantian sekiranya Tun Zahir tidak dapat mempengerusikannya pada saat-saat akhir," katanya.
Menurut Misbahul Munir, Zahir dijangka menghantar surat rasmi dalam masa terdekat ini, mengenai persetujuan beliau untuk mempengerusikan acara tersebut.
"Pihak pengerusi juga dijangka menetapkan format perdebatan tersebut," jelasnya lagi.
Selain itu, katanya, kedua-dua pihak turut menyeru RTM agar dapat menyiarkan debat itu secara langsung tanpa mengenakan sebarang syarat. Debat itu dijadualkan bermula 9 malam.
Provokasi media
Menurut beliau, sekiranya debat itu menjadi kenyataan, Salahuddin (gambar) akan menunaikan janjinya untuk bersumpah dengan al-Quran seperti yang dicabar oleh Nazri.
Misbahul Munir berkata Salahuddin bersedia melafazkan sumpah bahawa "Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad) mempunyai agenda untuk menutup SAR dengan menghentikan bantuan perkapita dan provokasi melalui media" dengan syarat perdebatan diadakan terlebih dahulu.
Manakala Nazri (gambar) juga dikatakan akan melafazkan sumpah dengan al-Quran bahawa Dr Mahathir tidak pernah melafazkan kata-kata sedemikian.
Bagaimanapun, katanya, lafaz sumpah kedua-dua pihak akan disemak terlebih dahulu oleh biro agama parti masing-masing.
Menurut Misbahul Munir lagi, Shamsul Anuar ada disoal wartawan sama ada Nazri akan berdebat mewakili Umno atau atas kapasiti peribadi.
Katanya, Shamsul Anuar menjawab soalan itu dengan berkata "itu tidak penting, yang penting ialah perdebatan."
Sebelum ini, pemangku presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang berkata Salahuddin dianggap sebagai mewakili parti dalam debat itu.
Usaha malaysiakini untuk menghubungi Shamsul Anuar untuk mendapatkan penjelasan berkaitan gagal.
Sementara itu, ketua Pemuda PAS Mahfuz Omar dalam satu kenyataan berkata dakwaan Pemuda Umno bahawa PAS menyalahgunakan wang perkapita milik SAR sebagai "mendedahkan kebodohan" diri sendiri.
Semalam, naib ketua pergerakan itu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir mendakwa PAS telah menyelewengkan wang tersebut untuk tujuan politiknya.
Mahfuz mempersoalkan bagaimanakan penyelewangan itu boleh berlaku kerana wang itu disalurkan terus oleh kerajaan kepada SAR dan bukannya kepada PAS.
"Pemuda PAS mencabar Pemuda Umno agar mendedahkan secara terperinci data-data tentang penyelewengan tersebut sekiranya ianya benar-benar berlaku," kata Mahfuz.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.