Setengah juta risalah SAR diedar
Gerakan Bertindak Umat Selamatkan Sekolah Agama Rakyat (Gegar) mula mengedarkan setengah juta risalah sebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai pentingnya kewujudan sekolah agama rakyat (SAR) di Malaysia.
Risalah itu, yang diedarkan semalam, bertajuk Kempen Belajar dan Berjaya di SAR atau Kembar yang mengandungi fakta termasuk pencapaian cemerlang pelajar SAR dalam bidang akademik.
Kembar juga diedarkan bertujuan untuk menangkis tohmahan yang memperlekehkan komitmen para pendidik SAR dan pelajarnya.
Turut dimuatkan dalam risalah ialah pencapaian cemerlang pelajar SAR di Kelantan dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu, berbanding dengan pencapaian pelajar sekolah kebangsaan.
Keputusan peperiksaan PMR itu menunjukkan 615 atau 10.2 peratus daripada 6,017 calon PMR di SAR berjaya mendapat keputusan 7A-9A.
Pencapaian itu lebih baik daripada keputusan PMR bagi sekolah kebangsaan di Kelantan di mana 979 pelajar sahaja atau 2.8 peratus daripada 34,912 calon, berjaya mendapat keputusan 7A-9A.

Resolusi
Risalah itu juga turut menekankan bahawa SAR mampu melahirkan pelajar yang kukuh keperibadiannya serta tahu, faham dan mahir dalam banyak aspek termasuk ilmu agama dan interaksi bersama masyarakat.
Menurut kenyataan pengerusi Gegar, Mohd Azmi Abdul Hamid, keputusan menyebarkan risalah itu ke seluruh negara merupakan antara resolusi yang diputuskan dalam konvensyen SAR Zon Utara yang diadakan di Kompleks Masjid Sultanah di Alor Star, Kedah semalam.
Kira-kira 100 peserta daripada 30 SAR di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis telah menghadiri konvensyen sehari itu. Dianggarkan terdapat kira-kira 60 SAR di ketiga-tiga negeri berkenaan.
Para peserta telah sebulat suara bersetuju memberi komitmen untuk meneruskan kelangsungan pendidikan SAR di dalam arus pendidikan perdana, katanya.
Menurut Azmi, mereka akan terus membangunkan sekolah masing-masing bagi menyediakan satu sistem pendidikan yang mampu melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang agama dan akademik.
Penyelesaian adil
"Para pendidik SAR akan meyakin pelajarnya bahawa pendidikan Islam yang ditawarkan oleh SAR adalah antara yang terbaik di mana lulusannya boleh beraya dalam ilmu agama dan akademik walaupun menghadapi pelbagai kekurangan prasarana sekolah," tambahnya.
Di samping itu, katanya, umat Islam di negara ini juga mempersoalkan tindakan kerajaan pusat memberhentikan bantuan perkapita kepada SAR tetapi masih meneruskan bantuan kepada institusi pendidikan lain seperti sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.
Menurut Azmi, konvesyen tersebut juga berpendapat bahawa pihak berkenaan perlu membuat kajian tentang kelemahan dan kepincangan sekolah kebangsaan.
"Jangan hanya menuding jari kepada SAR apabila sesuatu keburukan berlaku kepada masyarakat kerana ini adalah satu dakwaan yang berat sebelah," katanya.
Tambah beliau, konvensyen berkenaan juga meminta kerajaan dan pihak yang terlibat supaya menyelesaikan isu ini dengan lebih adil dan profesional dengan berlandaskan lunas-lunas dan birokrasi pendidikan.
"Ia tidak akan dapat diselesaikan melalui jalan politik yang hanya akan merumitkan lagi keadaan."

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.