Tun Zahir pula tolak tawaran pengerusi debat SAR
Jawatankuasa teknikal debat PAS-Umno mengenai isu sekolah agama rakyat (SAR) terpaksa sekali lagi mencari pengerusi baru selepas Speaker Dewan Rakyat Tun Zahir Ismail menolak tawaran itu hari ini.
Debat itu dijadual berlangsung pada 16 Feb depan di antara Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dengan Timbalan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub di Auditorium Angkasa, Kelana Jaya.
Tun Zahir menolak tawaran itu menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada Pejabat Dewan Pemuda PAS di Taman Melewar, Kuala Lumpur pagi tadi.
Jawatankuasa teknikal debat itu menghantar surat tawaran berkenaan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Zahir Ismail selepas Prof Diraja Ungku Aziz menolak tawaran yang sama.
Nama Tun Zahir dicadangkan kerana kedudukannya sebagai pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (Lepai) yang turut bertanggungjawab terhadap SAR.

Menurut jurucakap pejabat Dewan Pemuda PAS, dalam suratnya itu, Tun Zahir selaku Speaker Dewan Rakyat menolak tawaran itu kerana tidak mahu perkara itu dibangkit di sidang dewan jika beliau mempengerusikan debat tersebut.
Sementara itu, Mohd Nazri berkata debat itu tetap akan diadakan "supaya kebenaran berhubung SAR dapat dibuktikan".
Markas PAS
Menurut laporan
Bernama
, Mohd Nazri (kanan)mengulangi kesediaannya berdebat mengenai isu itu dengan Timbalan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub (kiri) walaupun ianya diadakan di Markas PAS di Taman Melewar, Gombak.
"Kalau debat itu tak dapat diadakan di Dewan Angkasa, Kelana Jaya, saya (telah) beritahu pihak PAS, kita buat kat pejabat PAS. Untuk mengelak kekecohan dari penyokong PAS, saya dah beritahu ahli Umno supaya tak ikut.
"Kalau dibuat di pejabat PAS, saya pergi seorang saja. Janji debat itu mesti diteruskan kerana saya mahu kebenaran dibuktikan," katanya kepada wartawan selepas menerima kunjungan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail ke kementerian itu
.
Sehubungan itu, Nazri berkata, beliau tidak kisah sama ada mendapat restu ahli Umno "kerana yang paling penting adalah untuk mencabar ahli PAS membuktikan perkara sebenar".
Malah, katanya, beliau tidak kecewa jika tidak mendapat sokongan padu dari Umno kerana debat itu bukan di antara Umno dan PAS, tetapi berdasarkan kedudukannya sebagai ahli Parlimen Chenderoh.
"(Walaupun) saya ahli Majlis Tertinggi Umno, saya bukan mahu Umno bahas perkara ini. Saya mahu bahas kerana dia (Salahuddin) datang ke kawasan Parlimen saya.
"Dia membuat pembohongan dan saya minta supaya kita pergi ke masjid sebenarnya. Kemudian dia cabar saya berbahas. Dan saya setujulah," katanya.
Beliau berharap PAS bersedia dengan bukti dan fakta mereka berhubung isu SAR pada hari debat itu nanti.
Sementara itu, setiausaha sulit Nazri, Shamsul Anuar Nasarah dan setiausaha Pemuda PAS pusat, Misbahul Munir Masduki yang diberi tugaskan untuk menjayakan debat itu, tidak dapat dihubungi untuk ulasan lanjut.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.