Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kula batal sidang akhbar pada saat akhir
Diterbitkan:  Oct 2, 2010 10:40 AM
Dikemaskini: 5:15 AM

Timbalan pengerusi DAP Perak, M Kulasegaran telah membatalkan pada saat akhir, sidang akhbar berhubung apa yang dipercayai krisis dalam kepimpinan DAP negeri itu.

NONE Difahamkan beliau telah dipujuk oleh pimpinan tertinggi DAP supaya

bertenang untuk tempoh seminggu ini.

Beliau sepatutnya mengadakan sidang akhbar itu pagi ini untuk mendedahkan dakwaan usaha puak 'Ngeh-Nga' untuk melemahkan pemimpin yang tidak sehaluan dengan mereka.

Puak 'Ngeh-Nga' - panggilan yang diberikan kerana pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Khoo Ham (kiri dalam foto bawah) dan setiausahanya, Nga Kor Ming (kanan) adalah sepupu - terlibat dalam konflik dengan ramai pemimpin DAP di negeri itu sejak beberapa tahun lalu kerana tidak selesa dengan gaya kepimpinan autoritarian kedua-duanya.

umno youth chin peng doctored book 120905 ngah ngeh pc

Usaha untuk menyelesaikan konflik tersebut berlangsung dalam mesyuarat pimpinan tertinggi DAP di Ipoh malam tadi, yang turut dihadiri penasihat parti, Lim Kit Siang.

Bagaimanapun, rundingan damai itu gagal dengan kem Kulasegaran mendakwa bahawa puak 'Ngeh-Nga' enggan berkompromi atau mengotai janji mereka.

Ketika dihubungi hari ini, Kulasegaran berkata beliau akan berlepas ke luar negara selama seminggu dan akan mengadakan sidang akhbar sekembalinya ke tanahair nanti.

Kulasegaran mengakui bahawa beliau meninggalkan mesyuarat malam tadi selepas berlangsung selama 90 minit kerana ia menemui jalan buntu.

"Saya kecewa kerana tiada penyelesaian bermakna dapat dicapai dengan kepimpinan negeri," katanya.

Kulasegaran mengesahkan bahawa beliau dan beberapa pemimpin lain tidak senang dengan usaha puak 'Ngeh-Nga' untuk memperkukuhkan penguasaan mereka ke atas DAP Perak.

[Baca berita penuh]

ADS