Penceramah kontroversi PAS Bunyamin Yaacob meninggal dunia
Penceramah PAS Bunyamin Yaacob yang pernah mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menonton filem lucah bersama cucunya dalam ceramahnya sehingga mengheretnya ke mahkamah, telah meninggal dunia di Hospital Kota Bharu, semalam.
Akhbar internet yang juga organ parti PAS Harakahdaily melaporkan semalam bahawa ahli politik parti yang berusia 57 tahun itu menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 8 pagi setelah terlantar sakit untuk jangkamasa yang lama akibat masalah buah pinggang dan kencing manis.
Bunyamin, yang diwakili oleh peguam Karpal Singh di dalam kesnya yang masih belum selesai kerana beberapa kali ditangguhkan atas alasan kesihatan, dihadapkan ke mahkamah sesyen Kota Bharu tahun lalu.
Menurut parti organ itu lagi, jenazah beliau dikebumikan di tempat kelahirannya di Gunung, Bachok, serta diziarahi pemimpin tertinggi parti termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Bekas ahli parlimen Bachok selama dua penggal itu dilahirkan di Bachok pada1946 dan mendapat pendidika di Universiti Cokro Aminoto, Jogjakarta dalam bidang sains politik.
Bunyamin pernah berkhidmat dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) sebagai Pegawai Penerangan Luar, sebelum terbabit secara aktif dalam parti
Beliau bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Bandar Gua Musang pada tahun 1982, tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional (BN).

Klip video
Bagaimana, pada 1990 beliau sekali lagi bertanding dan menangi kerusi Parlimen
Bachok serta mempertahan kerusi itu dalam pilihanraya berikutnya.
Bunyamin juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua kali dari tahun 1984 hingga 1988.
Sedutan ceramah beliau yang mendakwa Dr Mahathir menonton filem lucah bersama cucunya telah disiarkan berulangkali oleh RTM pada Julai tahun lalu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan Bunyamin sebagai "biadap" serta melahirkan rasa kesal beliau dengan PAS yang dikatakan berusaha bersungguh-sungguh untuk menanam kebencian rakyat kepada Dr Mahathir.
Sebelum ini, dalam temuramah dengan malaysiakini , Bunyamin melahirkan kehairanannya
kenapa RTM begitu ghairah menayangkan video klip ceramahnya di TV1 setiap malam, kerana ceramah mengenai perdana menteri menonton video lucah itu dibuat agak lama lalu.
"Agaknya mereka (kerajaan) sudah kehabisan modal untuk menyerang peribadi pemimpin PAS, setelah serangan ke atas Nik Aziz, Mohamad Sabu dan Hadi Awang tidak mendapat reaksi positif dari rakyat," katanya.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.