Perintah Jais diengkari, jemaah terus bersolat di surau Jubli Perak
Ahli jawatankuasa dan jemaah surau Jubli Perak di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, hari ini mengengkari perintah dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) supaya tidak mengerjakan solat Jumaat di tapak surau yang telah dirobohkan pada hari Isnin lalu.
Malahan, pihak pengurusan serta jemaah surau tersebut telah mengengkari perintah itu, yang disifatkan mereka sebagai "tragedi" terhadap agama Islam, dengan mengerjakan solat fardhu Asar sejurus selepas pihak berkuasa mengambil tindakan yang dianggap mereka sebagai "diluar dugaan".
Pengerusi surau Jubli Perak, Samion Musiron, berkata 700 penghuni yang mendiami 13 flet lima tingkat di kawasan tersebut tidak mempunyai pilihan melainkan mengengkari perintah Jais tersebut kerana adalah menjadi kewajipan bagi penganut Islam untuk mengerjakan ibadah solat lima waktu serta solat Jumaat.
"Kalau kami tidak terus bersembahyang di sini, apakah pilihan lain yang ada sekiranya kami mahu terus bersolat jemaah?" katanya kepada malaysiakini .
Katanya, masalah akan lebih ketara pada hari Jumaat kerana surau dan masjid yang berhampiran terletak kira-kira tiga kilometer dan akan menjadi masalah kepada mereka yang tidak mempunyai kenderaan.

"Malahan, surau yang paling hampir iaitu di fasa satu (Surau an-Nur) sudah terlalu sesak dengan jemaah dan tidak mungkin dapat menampung jemaah dari surau ini yang berjumlah hampir dua ribu orang," beliau menjelaskan.
Katanya, dua masjid yang besar iaitu di Bandar Baru Bangi dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terletak lebih kurang lima kilometer dari flet tersebut.
Peguam dan imam ditahan
Dalam satu operasi bersepadu Isnin lalu, Jais yang turut disertai oleh polis (termasuk kira-kira 30 anggota Unit Simpanan Persekutuan), bomba, Perbadanan Urus Air Selangor Sdn Bhd (Puas), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Perbadanan Kemajuaan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Kajang, telah merobohkan dinding surau yang terletak dibawah blok 4 flet tersebut serta merampas segala peralatan.
Antara yang dirampas termasuklah naskah Al Quran, surah Yassin, permaidani, kipas, hiasan khat, jam, dan beberapa peralatan lagi.
Tindakan itu diambil tanpa menghiraukan rayuan dari ahli jawatankuasa dan jemaah surau tersebut, jelas Sameon.
Seorang peguam Khairuddin Osman yang mempersoalkan surat kuatkuasa untuk meroboh surau dari pegawai Agama Islam Daerah (Kadi) Kajang, Zainal Abidin Sulaiman, turut ditahan polis.
Sementara itu, imam surau tersebut Nasron Duki juga ditahan kerana mengengkari perintah Jais supaya tidak lagi mengerjakan solat ditapak surau tersebut. Beliau yang ditahan sebaik selesai mengimami solat Asar pada hari kejadiaan.
Menurut Sameon, surau Jubli Perak akan terus beroperasi walaupun dalam keadaan serba kekurangan.
"Kami telah membeli peralatan baru seperti speaker, tikar sembahyang serta mendapat sumbangan dari orang ramai," katanya.
Bukan meroboh, tetapi memunggah
Disoal apakah alasan Jais untuk merobohkan surau tersebut, Sameon berkata AJK surau telah diberitahu oleh kadi bahawa surau tersebut tidak sesuai dijadikan tempat ibadah kerana ianya terletak dibawah kediaman, ada saluran paip najis di atasnya, serta terletak berhampiran dengan tempat membuang sampah.
"Alasan tersebut lansung tidak boleh diterima berdasarkan nas-nas agama. Malahan terdapat banyak lagi surau-surau disekitar ibukota yang mempunyai situasi sama, terutamanya di balai-balai polis," katanya.
Beliau menambah jemaah surau tidak mempunyai masalah sekiranya untuk mengosongkan premis ibadah sementara tersebut sekiranya surau kekal yang dalam perancangan telah disiapkan.
"Kami telah pun berjaya mengumpulkan lebih RM100,000 serta telah mengemukakan plan surau tersebut kepada Jais secara tidak formal untuk mendapatkan maklumbalas awal," katanya.
Sementara itu, kadi daerah menegaskan bahawa pihaknya tidak "merobohkan" surau tersebut, tetapi sekadar "memunggah"nya.
"Ianya terpaksa dilakukan kerana AJK surau bertegas tidak mahu bekerjasama dengan pihak berkuasa supaya mengerjakan solat Jumaat di masjid Bandar Baru Bangi," kata Zainal Abidin, ketika dihubungi malaysiakini semalam.
Berbau politik
Katanya, pemantauan Jais juga mendapati bahawa surau tersebut tidak pernah menggunakan teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh pihak berkuasa agama, tetapi sebaliknya menggunakan teks sendiri yang kerapkali berunsur fitnah dan hasutan.
Ahli jemaah surau bagaiamanapun mendakwa bahawa tindakan merobohkan surau tersebut adalah berunsurkan politik.
"Mereka bimbang akan populariti surau ini kerana kelantangan penceramah dan khatibnya dalam menyuarakan isu semasa yang tidak disenangi pemerintah," kata seorang jemaah yang tidak mahu dikenali.
"Menyuarakan isu-isu semasa dan ingat-mengingati antara satu sama lain bukan fitnah seperti yang didakwa," tambahnya.
Ahli parlimen Hulu Langat, Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz enggan mengulas mengenai kejadian tersebut, kerana menganggapnya sebagai "terlalu sensitif".
"Kalau ada apa-apa soalan, tanyalah kepada (kadi) Zainal Abidin," katanya.
Sementara itu, satu tabung untuk mengumpul dana surau telah dilancarkan hari ini.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.