Malaysia dan Eropah mencatat kejayaan ketara menerusi pelancaran dua inisiatif dua hala utama yang bermatlamat meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan mewujudkan dimensi strategi baharu untuk kerjasama ekonomi dan dialog politik Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden EU, Jose Manuel Barroso hari ini memulakan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-EU (MEFTA) dan Perjanjian Kerjasama dan Persahabatan (PCA) Malaysia-EU, di Brussels sempena Mesyuarat Asia-Eropah (Asem) kelapan.

Najib mengetuai delegasi Malaysia ke Brussels, Belgium untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asem selama dua hari bersama para pemimpin Asia yang lain.

Ia merupakan lawatan pertama Perdana Menteri Malaysia ke EU. Ia merupakan fasa peluasan hubungan antara Malaysia dan EU.

- Bernama