SAR boleh pohon semula bantuan perkapita
Sekolah agama rakyat (SAR) kini boleh mengemukakan permohonan kepada kerajaan pusat untuk mendapat semula bantuan wang perkapita, kata Ketua Umno bahagian Chendoroh Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau memberi jaminan bahawa bantuan kewangan akan dikembalikan kepada pemohon yang dipastikan mengajar pelajaran Islam dan tiada kaitan dengan kegiatan politik.
"Mereka boleh pohon balik dan kita akan periksa sekolah mereka. Kalau meraka betul-betul mengajar agama sahaja, luluslah (permohonan itu). Tidak ada masalah.
"Apa yang takut sangat kita nak periksa sekolah tu? Lainlah kalau kita ada benda nak sembunyikan? Kalau kita tak buat apa-apa, pohon balik kepada kerajaan, kita akan turun periksa. Kalau betul, ambillah balik perkapita tu," katanya.
Nazri yang juga menteri pembangunan usahawan menegaskan demikian ketika berdebat mengenai isu SAR dengan timbalan ketua pemuda PAS Salehuddin Ayub di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) malam tadi.
Debat yang bertajuk "SAR: Cabaran, Masa depan dan Harapan" dianjur bersama oleh Dewan Pemuda PAS Perak dan Pemuda Umno Bahagian Cenderoh dan dipengerusikan oleh ketua pengarah DBP Datuk Abdul Aziz Deraman.

Tidak puas hati
Nazri menerima cabaran Salahuddin untuk berdebat mengenai isu SAR bagi mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang didakwa mempunyai agenda untuk menutup SAR dengan menghentikan bantuan perkapita dan provokasi melalui media.
Beliau juga berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) berhak memberhentikan bantuan perkapita itu kerana terdapatnya SAR yang didapati menyokong parti pembangkang.
"Mana ada orang bagi duit pada sekolah (untuk) pergi bantai kita merata-rata...mana ada? Hak kitalah, duit saya...," katanya diikuti dengan suara tidak puas hati penonton.
"Iyalah, duit kerajaan duit (maknanya) sayalah. Bila duit kita, (sebelum) kita nak bagi, kita kenalah tengok bantuan untuk apa. Mana boleh bagi bantuan untuk bedal kita. Tak bolehlah macam tu," tegas beliau lagi.
Beliau juga berkata keputusan memberhentikan bantuan wang perkapita juga adalah kerana kerajaan mahu menyelaraskan pendidikan agama Islam di negara ini dengan menawarkan subjek agama kepada pelajar di sekolah kebangsaan.
Tindakan ini, tegasnya, bertujuan untuk meramaikan lagi pelajar Melayu yang menghadiri sekolah agama.
Berdikari
"Jadi...sebelum ini kita tak guna duit tu, jadi kita berilah pada sekolah agama. Tapi sekarang kita nak buat jugak (sekolah agama) maka kita memerlukan semua dana yang ada untuk menjayakan hasrat ini," katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah membuat keputusan untuk menutup SAR.
Sebaliknya, kata beliau, SAR sepatutnya berdikari dan bersedia menghadapi keputusan kerajaan kerana ianya adalah satu institusi bukan kerajaan.
"Ini sekolah agama rakyat. Rakyat yang dirikan, ia lebih mendapat bantuan kewangan pihak swasta...bukannya kerajaan jadi bukanlah tanggungjawab kerajaan," katanya.
Sementara itu, Salahuddin berkata keputusan kerajaan memberhentikan bantuan perkapita dan proses penyerapan murid dan guru SAR ke sekolah kebangsaan akan melenyapkan kewujudan institusi pendidikan itu.
Beliau berkata tindakan liar terhadap SAR yang dilemparkan oleh pemimpin Umno seperti yang disiarkan oleh media arus perdana, juga menunjukkan adanya agenda untuk menutup SAR.
Beliau mendakwa keputusan itu dibuat atas pemikiran politik yang singkat tanpa bukti kukuh atau kajian yang menyeluruh.
Pendidikan Islam
Salahuddin juga mempersoalkan keputusan kerajaan untuk menubuhkan sekolah agama sambil memetik kenyataan Timbalan Menteri Penerangan Datuk Zainudin Maidin pada 12 Disember lalu.
"Beliau (Zainudin) memuji sistem pendidikan Islam Johor dengan berkata orang Johor boleh membaca Quran dengan baik, boleh menyanyi dengan baik, boleh menari dengan baik. Adakah ini pendidikan Islam yang mereka mahu?" soalnya.
Beliau juga menyoal Nazri jika tiada dasar untuk menutup SAR, mengapakah empat buat SAR di Johor telah dipaksa diberhentikan operasi mereka oleh jabatan Agama Islam negeri.
Debat itu, yang dihadiri lebih 800 orang, gamat seketika apabila Salahuddin yang menjadi pemidato pertama, membuat komen mengenai pakaian Nazri yang berbaju Melayu putih dan berkopiah putih.
"Walaupun beliau berbaju dan berkopiah putih, beliau tetap Umno," kata Salahuddin yang jelas mencuit hati penonton.
Debat itu sepatutnya diakhiri dengan upacara mengangkat sumpah dengan al-Quran.
Bagaimanapun, ianya digantikan dengan majlis menandatangani kenyataan bersama di mana Nazri dan Salahuddin bersetuju bertanggungjawab menyokong dan melaksanakan sistem pendidikan Islam yang lebih bersepadu.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.