Perwakilan NAM diminta perjuang nasib Anwar dan tahanan ISA
Dua pemimpin pembangkang hari ini menggesa ketua-ketua negara ke Persidangan ke-13 Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) agar mencari penyelesaian diplomatik terhadap krisis di Iraq dan Palestin serta tidak melupakan isu keadilan ke atas tahanan politik di negara tuan rumah.
Presiden Keadilan, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Dr Syed Husin Ali berkata, para perwakilan tidak sepatutnya melupakan hukuman penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mereka dakwa "tidak adil atas tuduhan palsu".
Bekas timbalan perdana menteri itu disingkirkan daripada jawatannya dalam kerajaan dan Umno pada 1998 dan kemudiannya didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah dan liwat. Beliau kini menjalani hukuman 15 tahun penjara selepas mahkamah mendapatinya bersalah terhadap kedua-dua tuduhan itu.
Anwar mendakwa kedua-dua tuduhan itu adalah rekaan kerajaan semata-mata tetapi dakwaan itu dinafikan.
Dalam satu kenyataan bersama hari ini, Wan Azizah dan Syed Husin juga mendakwa permohonan mereka untuk menemui para perwakilan asing yang menghadiri persidangan NAM melalui sekretriat tempatan, tidak dilayan.
Malangnya, kata kenyataan itu, sebagai parti pembangkang, mereka dinafikan peluang menyertai semua upacara dalam persidangan itu dan menemui para perwakilan.
"Kami ingin menegaskan bahawa kami menyokong NAM dan semua tujuan serta prinsip mulia yang ditetapkan oleh pelopornya.

Setiakawan
"Oleh itu, kami ingin menyatakan setiakawan dan harapan agar para perwakilan dapat mengadakan perbincangan berfaedah serta mencapai keputusan berguna untuk keamanan sedunia," kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Mengenai kemungkinan berlakunya serangan Amerika Syarikat dan sekutunya ke atas Iraq, Wan Azizah dan Dr Syed Husin meminta agar persidangan itu mendokong inisiatif untuk menyelesaikan krisis tersebut melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) secara diplomasi dan aman.
Wan Azizah dan Syed Husin juga menegaskan bahawa NAM perlu menyokong kemerdekaan Iraq, membebaskan negara itu dari campurtangan asing bagi membolehkan rakyatnya menegakkan pemerintahan yang berdaulat, adil dan demokratik.
Mereka juga mahukan NAM mengiktiraf hak asasi rakyat Palestin dan mengutuk pencerobohan berterusan Israel terhadap negara itu.
Selain itu, mereka mengesyorkan supaya NAM mengenal pasti kewujudan dan bahaya keganasan, serta menghentikan tindakan menyekat perbezaan pendapat serta menekan pembangkang yang sah, dengan menggunakan momokan keganasan.
Mengenai tahanan ISA, Wan Azizah dan Syed Husin berharap para perwakilan memperlihatkan prihatinan mereka dan menyokong kempen supaya mereka dibebaskan segera dan dihadapkan ke mahkamah terbuka.
NAM yang mempunyai 114 anggota, ditubuhkan selepas berlangsungnya Persidangan Asia-Afrika di Indonesia pada 1955.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.