Teng kekal pengerusi GERAKAN P Pinang
Mesyuarat luar biasa (EGM) GERAKAN Pulau Pinang hari ini menolak usul tidak percaya terhadap pengerusinya Teng Hock Nan.
Sebanyak 174 daripada 322 perwakilan telah mengundi menolak usul tersebut.
Daripada 322 daripada keseluruhan 393 perwakilan yang hadir, sebanyak 145 lagi perwakilan menyokong usul itu. Manakala 1 undi lagi telah rosak.
Proses penguandian bermula pada 10.40 pagi tadi dan berakhir sejam selepas itu.
EGM GERAKAN Pulau Pinang hari ini diteruskan walaupun tersebar berita yang mengatakan ia mungkin dibatalkan pada saat-saat akhir.
Ia menyaksikan hampir 400 perwakilan di negeri itu mengundi sama ada mahu mengekalkan Teng sebagai pengerusi Pulau Pinang.
Tidak ada sebarang pembahasan dalam EGM tersebut kerana penyokong dan penentang Teng, telah sepakat untuk menumpukan kepada proses pengundian.

