Perdana Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak dapat mengubah pegawai kerajaan yang mengeluakan kenyataan rasis dalam sekelip mata.

Katanya, beliau maklum terdapat aduan bahawa terdapat pengawai kerajaan didakwa mengeluarkan kenyataan sedemikian tetapi perkara itu tidak dapat diubah dengan begitu sahaja kerana ia merupakan satu usaha berterusan.

Untuk mengubah manusia bukanlah suatu kerja yang mudah, tambahnya yang juga pengerusi BN.

“Kita mesti realistik,” katanya ketika berucap merasmikan pembukaan mesyuarat agung tahunan MCA ke-57 di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini.

Mengaitkankan dengan teraju kepimpinan sebelumnya, Najib berkata Tun Dr  Mahathir Mohamad  sendiri pernah mengakui sukar mengubah sikap rakyat Malaysia walaupun sudah 22 tahun menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, Najib memberi jamiman kerajaan akan mengambil tindakan terhadap pegawai kerajaan yang mengeluarkan kenyataan yang agak rasis setelah melalui proses penyiasatan.

[Baca berita penuh]