Isu SAR: Sultan Terengganu juga sedia temui Gegar
Isu sekolah agama rakyat (SAR) semakin mendapat pehatian pihak istana apabila Sultan Terengganu turut berkenan menerima mengadap perwakilan daripada kumpulan yang berjuang mempertahankan sistem pendidikan Islam itu.
Baginda Sultan Mizan Zainal Abidin, yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bersedia menemui mereka Isnin depan, kata pengerusi Gerakan Bertindak Umat Selamatkan SAR (Gegar) Mohd Azmi Abdul Hamid.
Bercakap kepada malaysiakini hari ini, Azmi berkata, pihaknya juga akan turut menyerahkan memorandum bagi mempertahankan kewujudan SAR, di samping memohon baginda membawa isu itu ke persidangan Majlis Raja-Raja bulan depan.
Semalam Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah telah menerima menghadap perwakilan Gegar dan kumpulan yang berjuang mempertahankan SAR itu.
Dalam pertemuan itu, baginda berkenan menerima memorandum dari wakil Gegar dan Majlis Pengetua SAR Kedah di samping menyatakan kesediaan baginda untuk membawa isu itu ke persidangan Majlis Raja-Raja.
Sebelum ini Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra juga telah memberi komitmen mereka untuk membincangkan isu SAR di persidangan Majlis Raja-Raja yang dijadualkan berlangsung 11-13 Mac depan.

Lancar buku
Sementara itu, isu mempertahan SAR juga mendapat sokongan rakyat jelata apabila kira-kira 50,000 umat Islam membanjiri Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah pada malam Selasa lalu, untuk bersama-sama bersembahyang hajat bagi menyelamatkan SAR.
"Ianya merupakan satu perhimpunan yang hebat di mana kesedaran terhadap isu SAR adalah tinggi. Rakyat perlu diberitahu sebab sebenar kerajaan bertindak sedemikian terhadap SAR.
"Kami turut menyebarkan lebih 50,000 risalah bertajuk 'Kempen Belajar dan Berjaya di SAR' (Kembar) sebagai maklumat tambahan supaya mereka tahu yang SAR menawarkan sistem pendidikan Islam terperinci dan telah berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang," kata Mohd Azmi lagi.
Berikutan itu, beliau harap perhimpunan solat hajat yang akan diadakan di Staduim Sultan Mahmud IV di Kota Bharu, Kelantan Sabtu ini akan mencapai matlamatnya untuk mengumpulkan sejuta orang.
Selain solat hajat dan majlis pembacaan Yassin beramai-ramai, para hadirin juga akan mendengar ucapan daripada beberapa tokoh yang memperjuangkan isu SAR.
Gegar juga akan melancarkan buku bertajuk "Menjawab Fitnah Terhadap SAR" yang akan dijual pada harga RM3 senaskah bagi mengisi dana kempen selamatkan SAR.
Sekatan
Sementara itu, ketua Pemuda PAS Mahfuz Omar menyifatkan tindakan kerajaan menyekat bantuan perkapita terhadap SAR sebagai 'politik balas dendam' terhadap mereka yang enggan menyokong Umno dan Barisan Nasional.
Katanya, ini jelas ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sewaktu berucap di taklimat Umno minggu lepas bahawa tindakan kerajaan itu berpunca dari sikap fanatik orang Melayu yang tidak mengundi Umno dalam pilihanraya.
Berdasarkan kenyataan itu, katanya, ternyata punca utama bantuan SAR disekat adalan faktor politik dan bukannya masalah prasarana, sukatan pelajaran, kualiti guru seperti yang didakwa sebelum ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, Mahfuz juga mendakwa ini bukanlah kali pertama Umno membalas dendam terhadap penyokong pembangkang.
Beliau mendakwa rakyat Kelantan telah dikenakan pelbagai sekatan pada 1990 apabila mereka memilih PAS untuk menerajui kerajaan negeri itu dan pada 1999 pula, rakyat Terengganu kehilangan royalti minyak setelah PAS berjaya berkuasa di negeri itu.
Katanya lagi, rakyat Malaysia perlu mengambil berat tentang cubaan Umno untuk memaksa rakyat menyokong mereka kerana tindakan sedemikian bukan sahaja mengongkong kebebasan politik tetapi juga menjejaskan demokrasi.