Mais timbang penduduk dibenar solat Jumaat di surau Al Kausar
Berikutan bantahan pelbagai pihak, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sedia menimbang membenarkan penduduk Seksyen 4, Bandar Baru Bangi mengerjakan solat Jumaat di Surau Al Kausar yang terletak berhampiran kawasan itu.
Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Amin Abdul Rashid berkata, surau itu terletak kira-kira satu kilometer dari surau Jubli Perak yang dirobohkan oleh Jais baru-baru ini.
Katanya, perkara itu telah dibincangkan ketika beliau mengadakan perbincangan selama sejam dengan pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Prof Datuk Hamdan Adnan, di Kuala Lumpur hari ini.
Ini berikutan bantahan penduduk di kawasan terbabit yang mendakwa mereka sukar untuk mengerjakan ibadah solat fardu dan Jumaat di masjid Al Hasanah sepertimana yang dikehendaki oleh Jais kerana jarak agak jauh, kira-kira lima kilometer dari situ.
Minggu lalu, Dewan Pemuda PAS telah menghantar memorandum kepada Suhakam sebagai membantah tindakan Mais dan Jais merobohkan surau Jubli Perak di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.

Surau al Kausar dikatakan lebih sesuai untuk penduduk di situ mengerjakan solat Jumaat kerana ianya terletak di tepi jalan serta mudah bagi jemaah meletakkan kenderaan.
"Bagi Suhakam, apa yang lebih penting ialah setiap penganut mana-mana agama di negara ini bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa sebarang masalah," kata Hamdan ketika ditemui malaysiakini .
Hak asasi
"Agama juga tidak patut dijadikan agenda politik oleh mana-mana pihak tetapi digunakan untuk menyatupadukan umat bagi mewujudkan keharmonian dalam masyarakat," tambahnya.
Mengenai tindakan Jais merobohkan surau Jubli Perak, Mohd Hamdan berkata, isu ini tidak akan timbul sekiranya pihak berkuasa agama negeri bertindak pro-aktif dengan membantu menyiapkan surau kekal di tapak yang disediakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
"Sepatutnya, Jais dapat menangani isu ini dengan lebih bijaksana," katanya lagi.
Ditanya sama ada tindakan merobohkan surau itu melanggar hak asasi penduduk di situ bagi mengamalkan kepercayaan agama mereka, Hamdan berkata, ianya tidak sampai ke tahap itu kerana Jais tidak menghalang mana-mana pihak dari melakukannya.
"Tindakan Jais itu setakat menyukarkan mereka mengerjakan ibadah tersebut," jelasnya.
Sementara itu, Mohd Amin mengesahkan bahawa kemungkinana surau Al Kausar dijadikan tempat solat Jumaat adalah tertakluk kepada kelulusan Mais.
Masjid baru
"Bagi Jais, ia akan menjadi alternatif yang terbaik bagi membolehkan warga tua dan kanak-kanak yang tidak mempunyai kenderaan untuk mengerjakan solat Jumaat," katanya.
Sebelum ini, Mohd Amin memberitahu malaysiakini , ahli jawatankuasa surau Jubli Perak tidak pernah hadir untuk berbincang mengenai penutupan surau itu walaupun telah beberapa kali dipanggil sejak 1998.
Surau yang dikatakan menjadi "markas PAS" itu, telah dipersetujui untuk dijadikan tempat ibadat sementara sehingga siapnya sebuah masjid di Bandar Baru Bangi pada 1999, yang terletak kira-kira lima kilometer dari situ.
"Sebelum ini, Jais tidak pernah berpeluang untuk mendengar mengenai masalah yang akan timbul sekiranya surau itu ditutup (kerana mereka tidak pernah hadir mesyuarat)," katanya.
Bagaimanapun, katanya, pihak Jais tidak akan membenarkan penduduk di situ mengerjakan solat Jumaat di bekas surau Jubli Perak esok kerana Mais tidak lagi membenarkan mereka berbuat demikian.
Mengenai Jais, Mohd Amin berkata, ia berperanan sebagai pentadbir agama Islam negeri, dan "hanyalah menjalankan tugas" berdasarkan keputusan yang dibuat oleh Mais.
"Sekiranya mana-mana pihak terus engkar, mereka boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Enakmen Syariah negeri.
Engkar arahan
"Oleh itu, saya ingin mengingatkan penduduk di kawasan tersebut agar tidak menunaikan solat Jumaat di flat Jubli Perak, esok," katanya.
Jumaat lalu, kira-kira 1,500 penduduk di situ mengengkari arahan Mais ini, dengan memasang khemah di tempat letak kereta berhampiran untuk mengerjakan solat Jumaat.
Semalam, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo menafikan bahawa kerajaan negeri terlibat dalam keputusan merobohkan surau yang didakwanya sebagai markas PAS itu.
Beliau juga turut menafikan bahawa penutupan surau tersebut bermotifkan politik.
Selain itu, katanya, Jais juga sedang memantau enam lagi surau di Bandar Baru Bangi kerana dipercayai diperalatkan oleh PAS untuk kepentingan politiknya.