Adunan mandatori biobahan api mulai Jun 2011
Diterbitkan: Oct 15, 2010 5:07 PM | Dikemas kini: Oct 15, 2010 6:26 PM
Kerajaan akan melaksanakan Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka mulai Jun 2011.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga akan melaksana mekanisme "Feed in Tariff" menerusi Akta Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) bagi membolehkan tenaga elektrik daripada sumber RE oleh pemaju bebas dan individu dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian semasa membentangkan Bajet 2011 di Parlimen hari ini.

