Pemuda PAS akan hantar surat rasmi pelawa Hishammuddin berdebat
Dewan Pemuda PAS akan menghantar jemputan rasmi kepada Pemuda Umno Malaysia bagi mencadang supaya diadakan perdebatan ilmiah antara pemimpin tertinggi kedua-dua pergerakan itu, sepertimana yang pernah dirancangkan kira-kira dua tahun lalu.
Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar, berkata pihaknya dijangka menghantar surat itu, melalui tangan, ke pejabat ketua Pemuda Umno, Datuk Hishammuddin Hussein, dalam tempoh dua minggu dari sekarang.
"Saya percaya Hishammuddin juga bersikap terbuka sepertimana yang ditunjukkan oleh Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz yang turun ke gelanggang untuk berdebat mengenai isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) baru-baru ini," katanya kepada
malaysiakini
.
Sambil memuji sikap keterbukaan Mohd Nazri, Mahfuz berkata ahli Parlimen Chenderoh tersebut telah menunjukkan contoh yang baik dalam menghidupkan ciri-ciri "politik sihat" dalam negara ini.
Pada 16 Feb lalu, Mohd Nazri yang juga Menteri Pembangunan Usahawan tampil di auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk berhadapan dengan timbalan ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob, bagi berdebat mengenai isu SAR di hadapan kira-kira 600 hadirin.

"Saya bersedia untuk berdebat dengan Hishammuddin mengenai isu apa sekalipun, walaupun kami pernah bercadang untuk berdebat mengenai isu 'siapakah yang mengkhianati Melayu' tidak lama dulu, tetapi tidak kesampaian," kata Mahfuz.
Bimbang
"Bagaimanapun, saya lebih suka sekiranya topik yang sama dapat diperdebatkan," kata beliau yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.
Perdebatan yang dirancangkan di antara ketua Pemuda PAS dan Umno itu tidak menjadi kenyataan kerana Hishammuddin dinasihati oleh pemimpin kanan Umno supaya membatalkan hasratnya itu.
"Kali ini saya yakin Hishammuddin tidak perlu bimbang untuk berdebat kerana Mohd Nazri dan Salahuddin telah membuktikan berdialog ialah salah satu cara terbaik bagi merungkai kekusutan sesuatu isu," kata Mahfuz.
Malahan, katanya, perdebatan di antara wakil PAS dan Umno itu (walaupun Mohd Nazri dikatakan tidak mewakili Umno) berjalan dengan baik tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Mahfuz menjelaskan beliau telahpun menyatakan hasratnya kepada Ketua Pengarah DBP, Datuk Aziz Deraman, yang secara prinsipnya bersetuju untuk menganjurkan sebarang acara berbentuk ilmiah.
"Sekarang, terpulanglah kepada Hishammuddin sama ada beliau mahu berdebat atau tidak kerana masalah penganjuran dijangka tidak akan timbul.
"Dalam keadaan di mana ceramah politik tidak boleh diadakan, maka majlis seumpama itu yang membincangkan tajuk-tajuk yang menyentuh isu semasa, amat sesuai diadakan," tambahnya.
Kalau boleh, kata Mahfuz, biarlah ianya diadakan secara terbuka atau disiarkan secara langsung supaya lebih ramai dapat mengikuti hujah-hujah yang dikemukakan untuk pertimbangan mereka.
Mei lalu, DBP telah menjadi penganjur ucaptama di antara Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan bekas presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor, mengenai isu Palestin yang disiarkan secara langsung oleh RTM.