PKNS pelawa Kemas buka tadika di tapak surau Jubli Perak
Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) Kemas dipindahkan ke bekas tapak Surau Jubli Perak atas pelawaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi menampung murid pra sekolah, terutama di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.
Menurut sumber-sumber Kemas, buat masa ini, pihaknya menghadapi masalah menempatkan murid pra-sekolah yang jumlahnya kini melebihi yang mampu ditawarkan oleh Kemas.
Berikutan itu, katanya, Jabatan Kemajuan Masyarakat bersetuju menerima tawaran itu kerana di situ pihak Kemas tidak perlu membayar sewa bulanan.
Sebelum ini, Tadika Kemas itu (Seksyen 4) terletak di sebuah rumah teres milik PKNS dan perlu membayar sewa bulanannya.
"Kemas tidak mampu membayar sewa bulanan itu yang kini telah tertunggak melebihi RM5,000," kata sumber itu. Tadika tersebut lebih 10 tahun beroperasi di situ.
Tinjauan malaysiakini ke tiga tadika Kemas di Bandar Baru Bangi hari ini mendapati sambutan ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas pra-sekolah anjuran jabatan itu adalah menggalakkan.

Kecewa
"Tadika Kemas di sini agak sesak dengan 47 kanak-kanak, walaupun sepatutnya ia tidak melebihi 25 orang," kata seorang guru Tadika Kemas di Seksyen 4, Syarifah Satri.
"Malahan, ramai ibubapa yang kecewa kerana permohonan untuk menghantar anak mereka belajar di sini terpaksa ditolak kerana ketiadaan tempat," kata Syarifah, yang sudah tiga tahun bertugas di situ.
Beliau menjelaskan yuran bulanan serendah RM20 menjadi faktor tarikan utama ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka ke Tadika Kemas, berbanding tadika swasta yang mengenakan sekitar RM150 sebulan.
Menurut sumber-sumber Kemas itu lagi, PKNS, selaku pemaju utama Bandar Baru Bangi, telah membuat tawaran tersebut setelah mengambil kira kesesakan di kelas tadika Kemas berkenaan.
Bagaimanapun, pemindahan tadika Kemas ke bekas tapak surau di bawah blok 4, flat Jubli Perak tersebut telah mencetuskan kontroversi ekoran keengganan ahli jawatankuasa surau dan jemaah di kawasan tersebut untuk bekerjasama.
Mereka mendakwa tindakan pihak berkuasa agama menarik balik kebenaran menggunakan surau, dengan merobohkannya, baru-baru ini, telah menyukar lebih 7,000 umat Islam di situ menunaikan solat fardhu dan Jumaat.
Tiada keperluan
Walaupun mengakui bahawa surau tersebut berstatus sementara (sehingga siapnya Masjid Bandar Baru Bangi), penduduk di situ tetap mahu terus beribadat di situ sehingga digantikan dengan sebuah surau kekal di tapak berhampiran.
Setakat ini, tiga orang, termasuk seorang peguam, ditahan kerana mengengkari arahan larangan bersolat di bekas surau tersebut seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Tinjauan malaysiakini mendapati kerja penyediaan kelas telah bermula beberapa hari selepas surau tersebut dirobohkan dalam satu operasi bersepadu yang diketuai oleh Jais pada 10 Feb lalu.
"Walaupun saya mengakui bekas surau ini didirikan di atas tapak Tadika Kemas, saya tidak nampak kenapa pihak berkuasa secara tergesa-gesa mahu mengambilalihnya," kata seorang penduduk flat Jubli Perak yang enggan namanya disiarkan.
"Malahan, tindakan Jais merobohkan surau ini dan menggantikannya dengan Tadika Kemas juga menggambarkan ada motif yang tersembunyi, kerana ia bukanlah menjadi masalah kepada penduduk kerana banyak lagi tadika swasta di sini.
"Penduduk di sini juga tidak keberatan untuk membayar lebih sedikit untuk pelajaran anak-anak mereka, terutama yang menekan kepada pendidikan Islam," katanya.
Motif tersembunyi
Sementara itu, ketua penerangan Pemuda PAS Selangor, Jamzuri Ardani, dalam satu kenyataannya, mendakwa bahawa pembinaan Tadika Kemas di tapak surau tersebut "memperkukuhkan andaian bahawa terdapat agenda politik Umno dalam isu perobohan Surau Jubli Perak".
"Umum mengetahui Kemas adalah perkakas politik Umno dan Barisan Nasional (BN). Petugas Kemas adalah lantikan politik oleh pimpinan Umno dan BN.
"Premis Kemas juga sering dijadikan Bilik Gerakan Barisan Nasional pada setiap kali musim pilihanraya," kata Jamzuri, dalam kenyataanya yang disiarkan laman web PAS Selangor.
Beliau berkata, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang juga pengerusi PKNS, sepatutnya maklum bahawa penutupan surau Jubli Perak tidak dipersetujui hampir kesemua pentadbir surau di Bandar Baru Bangi.
Oleh itu, Jamzuri menolak dakwaan Mohd Khir bahawa surau tersebut ditutup untuk menggalakkan jemaah bersolat Jumaat di masjid Al Hasanah kerana masjid baru itu turut sesak hingga ke kaki lima ketika solat Jumaat.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.