Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Video seks Chua: Siasatan ke peguam negara
Diterbitkan:  Oct 19, 2010 6:58 PM
Dikemaskini: 11:03 AM

Kertas siasatan berhubung penyebaran video seks membabitkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

chua soi lek resigns sex tape scandal 020108 answers Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Chua membuat laporan polis setelah diberitahu rakannya bahawa terdapat dua keping DVD dalam satu sampul surat sedang diedarkan di beberapa tempat di Batu Pahat, Johor dengan niat menganiaya dan menjatuhkan maruahnya.

Sehubungan itu, polis menjalankan siasatan dan kertas siasatannya telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara, sebelum Peguam Negara mengarahkan siasatan lanjut dijalankan.

chua soi lek sex tape scandal film strip 020108 Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Hee dalam soalannya ingin tahu rasional Chua tidak dihadapkan ke mahkamah walaupun wujud bukti akan kes tersebut.

Hishammuddin berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292/509 Kanun Keseksaan.

Pada Januari 2008, Chua melepaskan jawatannya dalam kabinet dan naib presiden MCA selepas mengakui beliaulah lelaki dalam video seks yang tersebar dengan meluas.

Laporan polis dibuatnya ketika itu berikutan penyebaran video berkenaan.

- Bernama

ADS