Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dari 51 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara mencatatkan 31 kawasan berada pada tahap baik dan 21 kawasan berada pada tahap sederhana, pada bacaan yang direkodkan pada jam 7 pagi ini.

azlan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata bacaan IPU di daerah Muar, Johor telah mencatatkan penurunan kepada tahap 90 berbanding semalam mencecah tahap 432, iaitu dalam kategori bahaya.

"Pada jam 7 pagi ini, IPU di daerah Muar telah menurun kepada tahap 90. Kita sangat gembira, kerana semalam angkanya sangat tinggi sekali dan kita berharap keadaan akan terus pulih kepada sediakala," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Minggu Alam Sekitar peringkat kebangsaan di Putrajaya hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan pihak pentadbiran sekolah di Muar untuk menutup sementara sesi persekolahan berikutan keadaan jerebu yang berada pada tahap bahaya di daerah itu.

Mohon kerjasama Indonesia

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata langkah itu perlu bagi mengelakkan situasi jerebu yang berlaku memberi kesan buruk kepada kesihatan pelajar.

Douglas berkata tahap tertinggi yang pernah dicatatkan di Muar ialah 437 dan tahap maksimum ialah 500, yang merupakan tahap kecemasan.

kalimantan borneo story 091208 haze smog forest fire Katanya beliau juga telah menghubungi rakan sejawatnya di Indonesia yang meminta negara itu mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah jerebu.

Beliau berkata pada mesyuarat Jawatankuasa Pemandu peringkat Menteri-Menteri Asean Mengenai Jerebu di Brunei bulan lalu, Indonesia telah membentangkan pelan tindakan yang akan diambil oleh negara itu jika berlaku pembakaran terbuka.

Katanya jika bacaan IPU mencecah tahap tertentu yang membahayakan, tindakan akan diambil dan meminta masyarakat sentiasa memantau pengumuman terkini berhubung bacaan IPU di kawasan masing-masing.

Perlepasan nyamuk aedes genetik

Beliau turut berharap hujan monsun yang akan turun menjelang hujung bulan ini dan tindakan daripada pihak berkuasa tempatan akan dapat mengurangkan jumlah tompok panas.

dengue malaria mosquito outbreak fogging 290905 Mengulas mengenai eksperimen pelepasan nyamuk Aedes ubahsuai genetik untuk ujian di lapangan, beliau berkata ia akan dibuat dalam masa dua minggu dan hanya boleh dilaksanakan setelah mendapat kelulusan dari masyarakat tempatan.

Sehubungan itu katanya tarikh untuk ujian itu masih belum ditetapkan.

Katanya dua tempat yang dipilih untuk ujian itu adalah di Bentong, Pahang dan Alor Gajah, Melaka sebelum diperluas di seluruh negara.

- Bernama