Gegar jawab tuduhan memburukkan SAR
Dalam usaha terbarunya untuk mempertahankan kewujudan sekolah agama rakyat (SAR), Gerakan Bertindak Umat Selamatkan Sekolah Agama Rakyat (Gegar), menerbitkan sebuah buku kecil bagi menjawab segala tuduhan yang memburukkan sistem pendidikan Islam, khususnya terhadap SAR.
Selain mengandungi maklumat am mengenai SAR, ia juga menerangkan mengenai implikasi keputusan kerajaan menarik balik bantuan perkapita dan langkah menyerap guru dan pelajar SAR ke sekolah kebangsaan.
Setiausaha Gegar Ahmad Tarmizi Sulaiman berharap, buku itu yang bertajuk "Menjawab Fitnah Terhadap Sekolah Agama Rakyat", dapat membantu semua lapisan rakyat memahami isu sebenar dan sekaligus menyokong perjuangan Gegar untuk mempertahankan SAR.
"Kami menjelaskan dengan ringkas, mengapa kita perlu mempertahankan SAR, apakah implikasi keputusan yang dibuat oleh kerajaan dan kebaikan belajar di SAR," katanya.
Buku itu menyenaraikan 21 tuduhan yang dilemparkan terhadap SAR, kebanyakannya oleh pemimpin kerajaan sperti Pedana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Aziz Shamsuddin dan Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zainudin Maidin.

Memorandum
Buku tersebut juga mengandungi kenyataan pengerusi Gegar, Mohd Azmi Abdul Hamid; pengerusi Pertubuhan Pendokong SAR Perak, Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz dan salinan memorandum yang dihantar oleh Gegar kepada Majlis Raja Raja bulan lalu.
Salinan laporan polis yang dibuat oleh Persatuan Ulamak Kedah terhadap akhbar bahasa Inggeris, the New Straits Times (yang didakwa menyiarkan dua artikel yang memfitnah SAR tanpa bukti kukuh), juga dimuatkan di dalam buku tersebut.
Buku itu dijual pada harga RM3 senashkah dan keuntungan daripada jualannya akan disalurkan kepada tabung kempen Gegar.
Mereka yang berminat untuk mendapatkan buku tersebut boleh menghubungi pejabat Gegar di talian 04-4571712 atau membuat tempahan di alamat F1014B, Kampung Pondok, Batu Hampar 08400 Merbok, Kedah.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.