Peluang lebih cerah untuk lulusan SAR

comments     Arfa'eza Aziz     Published     Updated

Masyarakat Melayu akan terus mempertahankan sistem pendidikan SAR kerana graduan sistem pendidikan Islam tertua akan memperolehi sekurang-kurangnya lapan sijil pelajaran setelah tamat pengajian di peringkat rendah dan menengah.

Berbekalkan sijil-sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan dan Jabatan Agama Islam Negeri itu, pelajar SAR mempunyai lebih banyak pilihan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang biasa atau pendidikan Islam.

Menurut pengerusi Pertubuhan Pendokong Sekolah Agama Rakyat Negeri Perak, Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz, selepas tamat pengajian di sekolah rendah SAR, pelajarnya akan memperolehi Sijil Penilaian Rendah Agama (SPRA), Sijil Ujian Penilaian Kertas Kafa (UPKK), di samping sijil UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.

Manakala di peringkat menengah pula, selain Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar juga mendapat Sijil Idadi, Sijil Sanawi dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), tambahnya.

"Di peringkat sekolah menengah, sudah dibuat penyelarasan peringkat peperiksaan sijil tertinggi di mana Lembaga Peperiksaan sudahpun mengiktirafkan STAM sebagai syarat untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di dalam dan luar negara," kata Tarmizi dalam satu laporan yang dimuatkan dalam buku kecil bertajuk "Menjawab Fitnah terhadap SAR".

For the rest of this story and more, subscribe for only RM150 a year. If you're already a subscriber, please sign in.

Sign in Subscribe now


Malaysiakini
news and views that matter


Sign In