Bekas DJ Radio 988 Jamaluddin Ibrahim hari ini membuat aduan rasmi kepada Jabatan Perhubungan Industri terhadap Star RFM Sdn Bhd kerana didakwa memecatnya secara tidak adil.
Turut membuat aduan kepada jabatan berkenaan hari ini ialah bekas ketua pegawai eksekutif stesen tersebut, Wong Lai Ngo dan bekas pengurus kanan program, Tan Chia Yong yang turut ditamat perkhidmatannya.
Ketiga-tiga mereka surat pemberhentian kerja pada 8 September, yang membuat rujukan kepada alasan daripada SKMM.