Kit Siang didakwa provokasi, belakangkan perlembagaan

   

Pemuda Umno Putrajaya membuat laporan polis terhadap Lim Kit Siang atas dakwaan pemimpin popular DAP itu melakukan porovokasi dan membelakangkan perlembagaan dengan menuduh Umno sebagai kafir.

Naib ketua Pemuda Umno bahagian itu Hisamudin Yahaya berkata, Lim dalam kenyataannya di Galas, seperti dilaporkan Berita Harian hari ini, "dengan beraninya mencampuri urusan agama Islam".

lim kit siang 03 "Kenyataan daripada Lim Kit Siang ( kanan ) dilihat begitu melampau yang menuduh orang Umno kafir dan seolah-olah mendapat restu daripada pihak lain dalam Pakatan Rakyat.

"Tindakan ini merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana parti Umno mewakili bangsa Melayu dan beragama Islam," laporan polis itu dipetik.

Berita Harian hari ini melaporkan DAP semakin berani mencampuri urusan agama Islam dengan menuduh orang Umno kafir dalam siri ceramah untuk menarik sokongan pengundi Melayu kepada PAS.

azlan Memetik kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Lim dikatakan mengeluarkan kenyataan itu di hadapan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketu Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) KESEDAR Sungai Terah.

Dalam aduannya hari ini Hisamudin meminta pihak berkuasa menyiasat kenyataan Lim itu bawah Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitaan kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan.

Malaysiakini
terkini untuk anda